web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Permohonan Permit Bazar Ramadan Subang Jaya Dibuka Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2022 12:22PM

Peniaga yang berminat memohon permit bazar Ramadan MBSJ perlu mendaftar sebagai pengguna my@mbsj terlebih dahulu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUBANG JAYA - Permohonan permit bazar Ramadan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi tahun ini dibuka mulai hari ini hingga 31 Januari nanti.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid, ia melibatkan 18 lokasi bazar, merangkumi 1,251 petak niaga.

Katanya, peniaga dinasihatkan membuat permohonan awal bagi memudahkan urusan dengan melayari laman web www.mbsj.gov.my atau mengimbas kod QR yang tertera di poster dan platform media sosial MBSJ (Facebook, Instagram, Twitter).

"Peniaga yang berminat perlu mendaftar sebagai pengguna my@mbsj sebelum meneruskan permohonan permit bazar Ramadan.

"Semua urusan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian mengikut prosedur," katanya.

Azfarizal berkata, keutamaan permohonan adalah kepada peniaga atau penduduk yang tinggal dalam kawasan pentadbiran MBSJ.

Tambah beliau, informasi lanjut boleh didapati dengan melayari laman web MBSJ di www.mbsj.gov.my dan platform media sosial MBSJ atau menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-80264324. - Getaran, 12 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi