web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pusat Autisme PDRM Terima Sumbangan RM100,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jan 2022 4:42PM

Megat Zulkarnain (kiri) menyerahkan replika cek kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (kanan) pada Majlis Program Pendidikan kerjasama Yayasan Bank Rakyat dan Pusat Autisme Polis Diraja Malaysia (PDRM)-Pengaman dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Pusat Autisme PDRM Pulapol hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yayasan Bank Rakyat menyumbang RM100,000 kepada Pusat Autisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sumbangan bantuan pendidikan dan kemahiran awal murid autism.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, bantuan pendidikan itu dapat meringankan tanggungan serta kos operasi tinggi yang perlu ditanggung dalam pengurusan pusat autism tersebut.

"Kami memahami bahawa kos operasi untuk menguruskan pusat autisme ini bukan murah.

"Saya difahamkan bahawa PDRM bersama Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sudah berusaha memastikan pusat autisme menjadi antara yang terbaik di dalam negara dan ekoran daripada itulah, Yayasan Bank Rakyat tampil memberikan sedikit sumbangan," katanya hari ini.

Beliau turut mengumumkan bahawa Pusat Autisme PDRM dijadikan sebagai anak angkat Yayasan Bank Rakyat.

Mengulas lanjut Megat Zulkarnain berkata, ia bagi memastikan bantuan berterusan dapat disalurkan sekali gus menjaga kebajikan pendidikan anak-anak autisme terbabit.

"Kita fikirkan mereka (anak autisme) ini ialah golongan istimewa yang perlu diberi bantuan dan sebagainya. Seramai 23 anak-anak di sini amat luar biasa dan saya fikir kalau pusat ini ada sedikit keupayaan dari segi kewangan, mungkin mereka dapat sediakan kemudahan kepada lebih ramai anak autisme yang sedang menunggu giliran," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Bank Rakyat atas sumbangan diberikan dan berusaha memastikan pusat berkenaan dapat ditadbir sebaiknya.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak permintaan daripada ibu bapa yang mahu menghantar anak autisme mereka ke pusat berkenaan, namun berdepan kekangan kewangan dan tenaga pengajar.

"Memang menjadi hasrat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador untuk membesarkan lagi Pusat Autisme PDRM yang beliau rasmikan Mac tahun lalu.

"Melalui sumbangan itu, kita dapat kembangkan lagi pusat ini yang akan dilaksanakan secara berfasa bergantung kepada kemudahan dan kewangan yang ada," katanya. - Getaran, 12 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang