web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN Johor Wajar Ditangguhkan Susulan Krisis Bencana, COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 2:06PM

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farizan Mokhtar (depan) melakukan pemantauan di kawasan yang terjejas banjir di Kampung Kurnia Sakti, Tangkak pada 9 Januari lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor wajar ditangguhkan susulan situasi banjir dan kes pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.

Pengasas bersama Persatuan Pengundi Muda (Undi18), Qyira Yusri, berkata pihaknya turut mendesak Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor membuat pertimbangan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sebagai wakil orang muda, Undi18 menganggap jika tiada keperluan atau kepentingan untuk membubarkan DUN, maka tidak perlu mereka (ADUN) berbuat demikian,” katanya kepada Getaran.

Qyira berkata, kerajaan Johor masih kukuh dan tiada penarikan sokongan dilakukan mana-mana ADUN.

Malah, katanya, DUN Johor tidak hilang majoriti sokongan seperti berlaku kepada kerajaan Melaka, jadi tiada kepentingan badan perundangan tertinggi di peringkat negeri itu dibubarkan pada masa ini.

Bagaimanapun, jelasnya, Undi18 bersedia untuk bertanding dengan calon muda DUN jika PRN Johor diadakan.

“Parti politik perlu bersedia untuk menampilkan calon muda dan muka baharu bagi menghadapi ‘perang’ PRN, mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 (PRU-15).

“Calon muda dan muka baharu serta muka lama perlu untuk mewujudkan kepimpinan lebih kukuh. Malah, calon muda dilihat berupaya memainkan peranan sebagai suara orang muda pada pilihan raya dan dalam parti,” katanya.

Mengulas lanjut, Qyira berkata, Undi18 sudah melancarkan gerakan aktivisme sosio-politik dwipartisan kebangsaan dinamakan kempen UndiNegaraku yang terdiri daripada rangkaian gerakan belia di setiap negeri.

“Gerakan ini menyediakan platform kepada belia untuk mempelajari kepimpinan dan menghasilkan kandungan pendidikan sendiri melalui sumber sedia ada, selain mendedahkan mereka kepada isu dihadapi negeri. 

“Mereka turut berpeluang mendekati kerajaan negeri dan setempat sebagai wakil belia daripada komuniti masing-masing,” tambahnya.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan Johor memaklumkan akan memantau keadaan semasa, termasuk meneliti keperluan mengadakan PRN memandangkan parti pemerintah di negeri berkenaan mempunyai kelebihan hanya satu kerusi DUN.

Susulan majoriti amat tipis itu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memaklumkan mengenai kedudukan kerajaan negeri ketika ini yang dikhuatiri bertambah tidak stabil. - Getaran, 13 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka