web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ponggal Terjemah Kesyukuran Terhadap Makanan, Rezeki Melimpah Ruah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 9:32PM

Seorang peniaga menjual batang tebu untuk pesta Ponggal, dalam tinjauan Getaran di ibu kota, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi penganut India, perayaan Ponggal menjadi satu daripada keraian utama dalam kalendar masyarakat mereka yang membawa maksud pengakhiran musim menuai dan hasil tuaian ditujukan kepada Dewa Matahari.

Lazimnya perayaan turut dinamakan pesta menuai atau ‘Thai Ponggal’ itu disambut selama tiga hari berturut-turut sebagai menandakan kesyukuran di atas hasil tuaian melimpah-ruah dan sebagai persediaan untuk musim penanaman baharu.

Dua wanita ini membeli periuk tanah untuk digunakan pada pesta Ponggal.
Dua wanita ini membeli periuk tanah untuk digunakan pada pesta Ponggal.

Pada hari pertama sambutan itu akan diraikan bersama ahli keluarga dengan berkumpul untuk memasak susu di dalam belanga sehingga melimpah dan limpahan itu sebagai simbolik kepada kebaikan serta kekayaan kepada seluruh keluarga.

Sambutan hari kedua yang dikenali 'Mattu Ponggal' menyaksikan lembu dimandikan, diwarnakan tanduknya dan dihiasi kalungan bunga sebagai tanda terima kasih kepada haiwan itu yang dianggap suci dan jentera semasa musim menuai.

Hari ketiga dikenali ‘Kanni Ponggal’ pula memberi tumpuan kepada golongan anak dara yang perlu memakai pakaian baharu untuk upacara sembahyang khas agar mendapat suami baik.

Maka tidak hairan setiap kali tiba perayaan itu, kaum India akan menyambutnya secara meriah bersama keluarga.

Masyarakat India sibuk membeli-belah sebagai persiapan terakhir menjelang pesta Ponggal esok. 
Masyarakat India sibuk membeli-belah sebagai persiapan terakhir menjelang pesta Ponggal esok. 

Ini dapat disaksikan menerusi tinjauan Getaran di Jalan Sultan Azlan Shah, Sentul di sini yang memperlihatkan masyarakat India sibuk membeli-belah sebagai persiapan terakhir menjelang Ponggal esok. 

Meskipun meraikannya dalam situasi pandemik COVID-19, ia tidak mengurangkan keterujaan mereka, sebaliknya tetap mencari kelengkapan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Getaran mendapati penjualan periuk tanah liat berwarna-warni, tebu, susu, daun kunyit dan bunga yang menjadi keperluan penting perayaan itu laris, manakala pakaian kuning menerima permintaan tinggi.

Lalitha Subramaniam
Lalitha Subramaniam

Suri rumah, Lalitha Subramaniam, 35, berkata setiap tahun menjelang Ponggal, dia bersama ahli keluarga akan membeli-belah di sekitar lokasi itu kerana boleh melakukan tawar-menawar.

Katanya, antara barangan wajib dibeli keluarganya bagi meraikan sambutan itu adalah tebu dan susu, selain periuk tanah liat untuk memasak nasi manis.

“Selepas meraikan Ponggal di rumah, mereka sekeluarga akan pergi ke kuil bagi menyempurnakan perayaan itu,” kata ibu lima anak itu.

Selvi Rajoo
Selvi Rajoo

Pekerja swasta, Selvi Rajoo, 61, yang membeli arang sebagai persediaan Ponggal berkata, keluarganya menyambut perayaan istimewa itu mengikut tradisi, meskipun zaman berubah.

“Sememangnya kami sekeluarga akan menyediakan masakan untuk Ponggal secara tradisi menggunakan dapur arang.

“Walaupun kini ramai menyediakannya menggunakan dapur gas, keluarga saya masih setia dengan dapur arang bagi mengekalkan tradisi perayaan ini,” katanya.

Menurut Selvi, ahli keluarganya akan berkumpul dan bersama-sama menghias rumah dengan daun mangga dan tebu bagi memeriahkan sambutan Ponggal.

“Ponggal bukan seperti Deepavali yang ada elemen kunjung-mengunjung, sebaliknya disambut secara sederhana di rumah masing-masing.

“Lagipun, sambutan Ponggal ini penting bagi mendidik generasi muda tentang perayaan tradisi menuai dan menunjukkan kesyukuran terhadap makanan dinikmati setiap hari,” katanya. - Getaran, 13 Januari 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'