web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Dimandikan Seperti Jenazah Lantik Peguam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 12:15PM

Seorang remaja (kanan) yang videonya tular kerana dimandikan seperti 'jenazah' telah melantik peguam dari firma Tetuan Hariz Syakinah & Co. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki, Daniel Iskandar, 19, yang dimandikan seperti jenazah selepas cuba mencuri tabung masjid dalam kejadian pada 8 Januari lalu sudah melantik peguam dari firma Tetuan Hariz Syakinah & Co.

Usaha itu dilakukan menerusi bantuan Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Menerusi kenyataan PPMM, pihaknya dimaklumkan terdapat satu prosiding semakan jenayah ditetapkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 Januari ini.

“Atas dasar tersebut dan untuk mewakili Daniel, PPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah & Co akan hadir di hadapan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari berkenaan.

“PPMM merujuk kepada pelbagai versi fakta dan penceritaan berkaitan latar belakang Daniel dan kejadian itu. Pada pandangan PPMM adalah tidak begitu sihat daripada sudut keadilan dan kepentingan Daniel mahupun mana-mana pihak untuk kes itu terus diperkatakan di media sosial,” katanya.

PPMM berkata, rujukan itu juga bagi menghormati prosiding bakal berlangsung di mahkamah berkenaan pada tarikh ditetapkan.

Justeru, PPMM meminta semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan sehingga prosiding kes itu selesai.

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan tindakan sekumpulan jemaah di sebuah masjid di Kuang, Rawang memandikan seorang remaja seperti jenazah kerana dia cuba mencuri tabung masjid.

Tindakan kumpulan itu menerima perdebatan daripada pelbagai pihak, termasuk segelintir warga maya yang menyifatkannya sebagai ‘melampau’ dan boleh mengakibatkan remaja terbabit lemas.

Mereka berpandangan sepatutnya remaja itu dibawa kepada polis sebaik ditangkap untuk diadili mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Kes itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad yang menasihatkan pengurusan masjid tidak mengambil tindakan sendiri terhadap individu yang melakukan jenayah di rumah ibadat sehingga menyebabkan ‘kezaliman’.

Beliau berkata, orang awam juga diminta tidak bertindak sendiri terhadap pelaku jenayah itu, termasuk mengelakkan merakam gambar individu terbabit untuk disebarkan.

Jelasnya, sebarang bentuk hukuman ke atas individu yang melakukan jenayah sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Selayang menjatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kepada Daniel selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri tabung masjid.

Kesalahan itu dilakukannya dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan pada jam 11.58 malam. - Getaran, 15 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah