web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hospital Swasta Sedia Bantu Selesai Pembedahan Dan Prosedur Perubatan Tertangguh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 1:51PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hospital swasta sedia memberi komitmen untuk menyelesaikan kes-kes tertangguh membabitkan pembedahan dan prosedur perubatan bukan COVID-19 di hospital kerajaan.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh berkata, setakat ini sebanyak 50,000 kes pembedahan tertangguh dan prosedur perubatan bukan COVID-19 dilaporkan di hospital-hospital kerajaan.

“Hospital swasta sedia membantu dan usaha tersebut sudah bermula tahun lalu ketika kapasiti hospital kerajaan mencapai kemuncak disebabkan penularan varian Delta.

“Kami gembira untuk meneruskan usaha ini bagi membantu 50,000 pesakit di hospital kerajaan yang sedang menunggu mendapatkan rawatan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, APHM berharap perbincangan antara pihak hospital swasta dengan kerajaan dapat diadakan segera, bagi memutuskan kaedah membantu menguruskan 50,000 kes tertangguh berkenaan.

Katanya, perbincangan tersebut akan membantu menyelesaikan semua kes tertangguh pada kadar segera, kerana adalah tidak realistik untuk hospital kerajaan melaksanakannya secara sendirian.

“Perbincangan secara terperinci berhubung kaedah pelaksanaannya perlu dilakukan segera.

“Pesakit yang tidak dapat dirawat segera di fasiliti awam, perlu dipindahkan ke hospital swasta dengan kadar bayaran balik yang berpatutan, seperti dilaksanakan tahun lalu,” ujarnya.

Tambah Dr Kuljit, proses pemindahan pesakit bukan COVID-19 dari hospital kerajaan ke hospital swasta di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor berjalan lancar sebelum ini.

Jelas beliau, hospital swasta mempunyai perunding, pakar dan jururawat yang cekap sama seperti di hospital kerajaan, malah lebih 95% pakar di hospital swasta di negara ini dilatih dan pernah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini.

“Di sesetengah tempat di negara ini, terdapat lebih banyak hospital swasta berbanding kerajaan.

“Walaupun jumlah katilnya mungkin sedikit tetapi kemudahan pemeriksaan dan rawatan boleh disediakan berdasarkan kapasiti dan keupayaan hospital swasta itu,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa setiap pembedahan dan prosedur perubatan itu akan diuruskan konsultan, pakar dan jururawat yang berkelayakan.

Sabtu lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan, kementerian berharap dapat menyelesaikan kes pembedahan dan prosedur perubatan tertunggak di hospital kerajaan tahun ini, selepas rawatan kritikal terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19. - Getaran, 17 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Jalani Pembedahan Buang Cyst,  Fibroib Hari Ini, Zara Zya Mohon Maaf Pada Semua

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

3

Semasa 6 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Selebriti 9 bulan yang lalu

M Daud Kilau: Ayah Sepatutnya Jalani Pembedahan - Anak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka