web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kesesakan Laluan Juru-Skudai Akibat RFID, Plus Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 5:48PM

Petugas PLUS menguruskan pengguna jalan raya yang gagal melepasi laluan sistem RFID ketika tinjauan di Plaza Tol Setia Alam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memohon maaf kepada pengguna lebuh raya atas kesulitan dialami, ekoran kesesakan yang berlaku semasa permulaan pelaksanaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Juru ke Skudai 15 Januari lalu.

Jurucakap PLUS memaklumkan, pihaknya sedar kesulitan dihadapi pelanggan ketika pelaksanaan RFID di laluan Juru-Skudai baru-baru ini.

"Terlebih dahulu, PLUS ingin memohon maaf kepada pelanggan atas kesulitan akibat kesesakan yang berlaku semasa permulaaan RFID Perintis Awam Kedua sepanjang lebuh raya Utara-Selatan dari Juru ke Skudai pada 15 Februari.

"Projek RFID ini adalah selaras dengan pelan tindakan Sistem Pengangkutan Pintas (ITS) Kementerian Kerja Raya ke arah sistem ekosistem lebuh raya bebas kesesakan iaitu Sistem Aliran Tol Tanpa Henti (MLFF)," katanya.

Jelas jurucakap itu lagi, pengguna yang mengalami masalah pengesanan RFID di lebuh raya PLUS akan menerima kupon Touch N Go dari pembantu Khidmat Pelanggan dan mereka boleh terus ke pusat Pusat Pemasangan Tag RFID yang terdekat untuk pemeriksaan.

Katannya, jika tag didapati rosak, ia akan digantikan secara percuma oleh pihak Touch N Go.

"PLUS akan terus bekerjasama dengan Touch N Go untuk meningkatkan bilangan pusat pemasangan RFID bagi memastikan pemasangan tag yang betul oleh ejen pemasangan terlatih.

"Senarai penuh pusat pemasangan boleh didapati di laman sesawang https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres  yang dikemas kini dari semasa ke semasa," ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya secara pro aktif telah mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan, berpandukan nasihat serta cadangan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Kami memberi jaminan, peningkatan teknologi lebuh raya akan membawa kepada pengalaman perjalanan pelanggan yang lebih baik.

“Langkah pro aktif ini sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob bahawa solusi RFID adalah pilihan kepada rakyat dalam pembayaran tol,” katanya. - Getaran, 21 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Macam Ni Nak 'Healing' Pun Susah!

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan Setakat 10 Malam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'