web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Menu Tak Berkhasiat, Program HiTS Perlu Diperluas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 9:00AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kualiti makanan yang dihidangkan kepada murid dibawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mula menimbulkan kebimbangan ramai selepas penularan gambar nasi putih dan kuah di media sosial baru-baru ini.

Manakan tidak, program tersebut diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan murid sekolah rendah dalam kalangan yang memerlukan, justeru wajarlah kualiti dipersembahkan menepati piawaian ditetapkan.

Malah, program RMT juga bertujuan memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid yang layak, untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.

Isu yang tular itu turut mendapat perhatian pakar pemakanan yang menegaskan, amalan pemakanan seimbang dan sihat merupakan komponen penting bagi memastikan pertumbuhan serta perkembangan yang optimum bagi kanak-kanak, terutamanya murid sekolah rendah.

Pensyarah Kanan Jabatan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Zalina Abu Zaid berkata, amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan jumlah mencukupi serta kepelbagaian amat perlu diterapkan sejak kecil.

Tegasnya, amalan tersebut akan mempengaruhi corak dan status pemakanan kanak-kanak apabila mereka dewasa kelak.

“Berdasarkan Malaysian Dietary Guidelines for Children and Adolescents (2013), saranan pengambilan makanan yang berkhasiat adalah terdiri daripada lima kumpulan makanan iaitu bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu serta produk tenusu lain setiap hari.

“Pengambilan lemak, minyak, gula dan garam pula perlu dalam kuantiti yang sedikit. Sumber makanan tinggi serat seperti oat dan sayur-sayuran hijau juga amat digalakkan kerana dapat membantu pergerakan usus yang normal. Ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Menurut beliau, amalan pemakanan kurang sihat terutamanya pengambilan nutrien yang tidak mencukupi boleh mempengaruhi status perkembangan tumbesaran dan mental kanak-kanak.\

Bukan itu sahaja, katanya, kanak-kanak turut akan terdedah kepada masalah malnutrisi seperti kurang berat badan, bantut, obesiti dan anemia yang boleh mengganggu proses pembelajaran, sekali gus menggugat prestasi akademik mereka.

“Secara global, keseriusan masalah obesiti menunjukkan peningkatan dalam kalangan kanak-kanak.

“Di Malaysia, data Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 menunjukkan bahawa 3.9 peratus kanak-kanak berumur kurang 18 tahun menghidap obesiti.

“Angka ini meningkat kepada 11.9 peratus dalam kajian yang sama pada 2015.

“Pada masa sama, kajian menunjukkan 13 peratus kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kurang berat badan. Peningkatan peratusan masalah kurang berat badan, berlebihan berat badan dan obesiti agak membimbangkan,” katanya.

Mengulas mengenai gambar tular nasi tanpa lauk yang didakwa diberikan kepada murid di bawah RMT tempoh hari, Dr Zalina berkata, situasi itu tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

Ini kerana katanya, kerajaan mempunyai dua jenis dasar yang menyokong persekitaran kondusif untuk amalan pemakanan secara sihat di sekolah.

Katanya, dua dasar berkenaan adalah Garis Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat dan Garis Panduan Penguatkuasaan Larangan Penjualan Makanan dan Minuman di Luar Pagar Sekolah.

Susulan itu, beliau menyarankan semua pengusaha kantin sekolah supaya mematuhi Garis Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat untuk menghasilkan makanan berkhasiat bagi program RMT.

“Secara teknikalnya, panduan tersebut telah diterbitkan pada 2011 oleh KPM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KPM).

“Di dalam panduan itu, disenaraikan 220 jenis makanan dan 18 jenis minuman yang boleh dan dilarang dijual di kantin sekolah,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata, sekiranya program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) diperkenalkan secara meluas di seluruh negara, isu menu tidak berkhasiat yang disajikan di sekolah tidak akan berlaku.

Gambar nasi dan kuah yang dikatakan dihidangkan kepada murid dibawah program RMT yang tular di media sosial baru-baru ini.
Gambar nasi dan kuah yang dikatakan dihidangkan kepada murid dibawah program RMT yang tular di media sosial baru-baru ini.

Katanya, program HiTS yang mengenakan yuran RM3 sehari bagi satu hidangan lengkap itu hanya dilaksanakan di beberapa sekolah sahaja ketika ini.

“Projek rintis bagi program ini telah bermula pada 2013, di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur dengan penyertaan murid Tahun 1 dan Tahun 2. Ia turut dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa, Kuala Lumpur membabitkan semua murid.

“Beberapa sekolah lain juga mengambil inisiatif ini iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Kwang Wahyu, Muar; SJKC Chian Kuo, Tangkak; SJKC Yong Peng 2, Johor dan beberapa buah sekolah lain di negeri itu serta SK Cyberjaya, Selangor.

“Ia turut dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) di beberapa buah sekolah di Kelantan iaitu SK Manek Urai dan SK Laloh, Tumpat,” katanya.

Beliau berkata, menerusi program itu murid-murid boleh menikmati hidangan lengkap merangkumi makanan utama seperti nasi goreng atau bihun sup yang mengandungi sumber protein, vitamin, mineral, potongan buah-buahan dan minuman berkhasiat.

“HiTS disajikan kepada murid semasa waktu rehat (sesi pagi) atau petang (sesi petang) berdasarkan menu yang disarankan.

“Senarai menu hidangan berkhasiat bagi satu bulan akan disediakan oleh Pegawai Sains Pemakanan supaya murid-murid dapat menikmati hidangan berlainan setiap hari.

“Menu yang disediakan memenuhi keperluan kalori harian, nutrien murid dan dihidang mengikut saiz hidangan yang tepat. Nilai kalori setiap hidangan juga akan dipaparkan.

“Seorang guru bertugas akan membantu dalam memastikan kehadiran dan mengawal murid-murid dalam program ini,” katanya. - Getaran, 23 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global