web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM Sedia Tambah Anggota Untuk PRN Johor - Timbalan KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 2:10PM

Razarudin Husain - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menambah jumlah anggota dan pegawai di Johor bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) berjalan dengan lancar.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata, PDRM sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan untuk menjalankan tugas.

“PRN Johor akan diadakan dan saya sendiri telah bercakap dengan Ketua Polis Johor berkenaan persediaan anggota serta persediaan jumlah keanggotaan.

“Sekiranya keanggotaan tidak mencukupi, Bukit Aman akan bantu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat 17 Sempena Tahun Baharu Cina di Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini, hari ini.

Jelas beliau, segala persiapan mengatur gerak akan ditentukan oleh pihak kontinjen Johor melalui ketua polisnya sendiri.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) semasa tempoh PRN akan dibincang bersama pihak berkaitan, termasuk jumlah pengundi yang ditetapkan bagi setiap saluran.

Pada Sabtu lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN.

PRN Johor diadakan, selepas Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad menghadap baginda di Istana Bukit Serene bagi memaklum sembah hasrat kerajaan negeri untuk mengadakan PRN. - Getaran, 24 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global