web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Giat Kesan Wanita Larikan Wang Lebih Setengah Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Jan 2022 11:51AM

Amihizam Abdul Shukor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan perbadanan pengurusan sebuah kondominium di sini, disiasat polis atas dakwaan melakukan pecah amanah membabitkan wang lebih setengah juta.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor, berkata siasatan itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields selepas pihaknya menerima laporan daripada pengurusan kondominium berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek mengeluarkan resit penyelenggaraan penduduk yang berbeza dengan jumlah kemasukan wang kutipan ke dalam akaun syarikat sejak Julai 2016 hingga September 2020.

“Suspek, iaitu wanita tempatan ini turut dikatakan menghilangkan diri bersama wang terbabit sejak September 2020," katanya dalam satu kenyataan.

Amihizam berkata, beberapa saksi kes sudah dipanggil bagi membantu siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Siasatan ini juga bagi mendapatkan jumlah kerugian sebenar dan dokumen lengkap daripada pihak pengurusan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi sendiri atau kenyataan palsu berkaitan kes ini,” katanya.

Pada masa sama, katanya, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan boleh menyalurkannya kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan. - Getaran, 26 Januari 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad