web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menteri Saran Wujudkan Semula Kementerian Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 4:02PM

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Undang-Undang harus diwujudkan semula selepas 30 tahun ia dibubarkan bagi menyelia pelbagai isu perundangan semasa yang semakin kompleks.

Saranan berkenaan dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai masa depan portfolio dipegangnya itu.

“Setelah hampir 30 tahun dibubarkan, kerajaan harus mewujudkan semula Kementerian Undang-Undang.

“Saya lihat negara kita sepatutnya kembali kepada era 1960-an, 1970-an dahulu apabila kerajaan pada waktu itu ada sebuah Kementerian Undang-Undang tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2022 peringkat Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata, keperluan mewujudkan satu kementerian khusus itu amat penting kerana semua agensi yang terbabit di bawahnya adalah ‘organ’ utama kerajaan selama ini.

“Pelbagai pindaan dan rang undang-undang baharu memerlukan kewujudan kementerian khas sebagai penyelaras dalam usaha transformasi kerajaan,” ujarnya.

Kementerian Undang-Undang kali terakhir diwujudkan pada 1995 yang diterajui Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar sebelum diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Portfolio itu mula dibentuk selepas kemerdekaan pada 1957 yang dikenali sebagai Kementerian Dalam Negeri dan Keadilan sebelum ditukar nama kepada Kementerian Keadilan pada 1959.

Kemudian ia diubah kepada Kementerian Undang-Undang pada 1992 sebelum dimansuhkan tiga tahun kemudian dan ketika ini terdapat hampir 20 agensi di bawah portfolio tersebut. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Wujudkan Semula KUU Demi Kesinambungan Dasar Perundangan Negara – Wan Junaidi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi