web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dr Wan Azizah Sekadar Beri Keterangan, Bukan Disiasat - Peguam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 6:24PM

Dr Wan Azizah (dua kanan) bercakap dengan media selepas selesai memberi keterangan di Bukit Aman. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehadiran mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya bagi membantu siasatan berhubung penerbitan buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan Tan Sri Tommy Thomas.

Peguamnya yang juga Ahli Parlimen Selayang, William Leong, berkata Dr Wan Azizah sekadar memberi keterangan terhadap siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dr Wan Azizah bukan disiasat tetapi siasatan adalah terhadap mantan Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai bukunya dan soalan adalah (berkaitan) kandungan di dalam buku,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan itu tiba di Bukit Aman pada jam 3.25 petang untuk dirakam keterangan berhubung penerbitan buku berkenaan.

Beliau tiba dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire hitam sambil ditemani Leong, sebelum disertai Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Sementara itu, Wan Azizah berkata, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pegawai polis untuk menjawab beberapa soalan mengenai penerbitan namanya yang tercatat dalam buku berkenaan.

“Saya diminta untuk menjawab empat soalan berkaitan siasatan. Itu saja yang saya boleh kongsikan setakat ini.

“Mereka ambil keterangan saya sekejap sahaja, tetapi ia mengenai pendapat Tommy Thomas.

“Itu saya tak boleh komen, itu pendapat dia. Saya menjawab berdasarkan fakta sahaja,” katanya.

Turut hadir memberi sokongan adalah Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Dr Tan Yew Kee; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah