web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8,234 Kes Jenayah Babitkan Rampasan Bernilai RM610.1 Juta Direkod Tahun Lalu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 8:44PM

Datuk Hazani Ghazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 8,234 kes jenayah direkodkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) membabitkan penahanan 7,159 individu dan rampasan barang bernilai RM610.1 juta di seluruh negara, sepanjang tahun lalu.

Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata jumlah kes itu mencakupi penyeludupan migran dan khazanah negara, selain dadah, racun serta imigresen.

“Penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan barang kontraban pula, berbeza mengikut zon persempadanan. Di utara Semenanjung, barangan kerap diseludup adalah ketum, minuman keras, ubat batuk dan dadah serta PATI.

“Di timur Semenanjung, ia membabitkan barangan seperti beras, minyak masak, petrol, diesel, binatang ternakan dan barangan tiruan, manakala di zon tengah dan selatan, kebanyakan barang diseludup adalah rokok, minuman keras, dadah, hidupan liar serta PATI,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hazani berkata, aktiviti penyeludupan serta kemasukan PATI di Sabah dan Sarawak dijalankan melalui lorong tikus membabitkan rokok, minuman keras, kayu balak, bakau, barang keperluan harian terkawal serta hidupan liar.

Katanya, tahanan migran mempunyai peranan masing-masing dalam kes penyeludupan, termasuk sebagai ejen, tekong darat, tekong laut, penjaga rumah penampungan atau pengangkut.

Mengulas lanjut mengenai nilai rampasan, beliau berkata, Pasukan Polis Marin (PPM) mencatatkan jumlah keseluruhannya adalah RM292.7 juta.

“Sebanyak RM223.9 juta nilai rampasan dicatatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), manakala Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK) merekodkan jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM93.5 juta,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai Op Banjir, Hazani berkata, seramai 1,150 pegawai dan anggota JKDNKA digerakkan bagi misi membantu mangsa banjir, terutama di Selangor dan Johor pada tahun 2021.

“JKDNKA mewujudkan Markas Taktikal Op Banjir bagi menyelaraskan bantuan sumber manusia dan aset logistik polis untuk misi berkenaan.

“Masyarakat turut mendapat manfaat daripada perkhidmatan Op Bantu PDRM yang diselaraskan Pusat Kawalan Malaysia (MCC) Jabatan KDNKA PDRM menerusi bantuan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan individu,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya sentiasa bersiap sedia dan komited dalam memastikan ketenteraman awam serta negara sentiasa dilindungi, malah terus dipelihara.

“Polis mohon kerjasama masyarakat untuk turut bersama menunaikan tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya. - Getaran, 28 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah