web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6,661 Laman Lucah Disekat Sejak 2016 - SKMM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 12:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,661 laman sesawang lucah telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lucah sejak tahun 2016 sehingga Disember 2021.

Jurucakap SKMM memaklumkan, sekatan laman itu dilaksanakan berdasarkan aduan diterima daripada orang ramai.

Katanya, sekatan terbabit berlandaskan kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

“Berdasarkan piawan komuniti, kandungan berunsur lucah sememangnya menjadi kesalahan di mana-mana platform media sosial.

“Mana-mana kandungan lucah yang dilaporkan akan dipadam menurut piawaian komuniti ditetapkan oleh pihak mereka,” katanya.

Menurut jurucakap itu, kerjasama dan koordinasi antara SKMM bersama penyedia platform media sosial Facebook serta Instagram telah sedia terjalin, untuk mereka memadamkan sebarang kandungan lucah di platform masing-masing.

Jelas beliau, inisiatif pemerkasaan komuniti untuk mewujudkan daya tahan yang tinggi terhadap risiko internet dan media baharu turut dilaksanakan bagi menangani isu ini.

“Terdapat banyak kemudahan lain seperti perisian Kawalan Ibu Bapa (Parental Control Tools) yang menyekat dan memantau penggunaan kata kunci oleh anak-anak semasa melayari internet.

“SKMM telah bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penggunaan perisian Kawalan Ibu Bapa seperti aplikasi Google Family Link,” jelasnya.

Katanya, langkah berkenaan sebagai alternatif kepada ibu bapa memantau kandungan yang dilayari dan mengehadkan masa penggunaan internet oleh anak masing-masing. - Getaran, 29 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SKMM Keluar Notis Terhadap 4 Penyedia Perkhidmatan Komunikasi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkongsian Rangkaian Antara Telco Selesaikan Isu Capaian Internet, Talian Telefon

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Beroperasi Tanpa Lesen Sah, Awesome TV Dikompaun RM250,000

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SKMM Perketat Kawal Selia Kandungan Digital Tangani Kemudaratan Dalam Talian

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global