web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Memandu Bawah Pengaruh Alkohol, 7 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 2:25PM

Kesemua yang ditahan akan disiasat kerana memandu dengan tahap alkohol melebihi paras dibenarkan. - Gambar dari Facebook Polis PJ

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, operasi berkenaan dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bermula 27 Januari lalu dan berakhir hari ini.

Katanya, operasi di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya itu dilakukan dengan kekuatan dua pegawai dan 12 anggota.

“Seramai tujuh lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, melebihi dari paras ditetapkan.

“Operasi turut melibatkan pemeriksaan ke atas 225 kenderaan dan 338 individu,” katanya di sini.

Mohamad Fakhrudin berkata, kesemua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tahap alkohol melebihi paras dibenarkan.

“Pihak polis sentiasa ingin memastikan agar tiada pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dalam keadaan mabuk.

“IPD Petaling Jaya akan terus melaksanakan operasi ini, khususnya kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan di dalam pentadbiran IPD Petaling Jaya,” tegasnya. - Getaran, 29 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global