web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jimatkan Penggunaan Elektrik Walaupun Tiada Kenaikan Tarif - PPIM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 8:02PM

Datuk Nadzim Johan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna domestik diingatkan supaya mengambil langkah bijak bagi menjimatkan penggunaan bekalan elektrik, walaupun kerajaan sudah mengumumkan untuk tidak menaikkan tarif bekalan itu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, langkah penjimatan adalah perlu walaupun kerajaan telah mengumumkan subsidi lebih RM700 juta.

“Saya menjangkakan harga barangan tetap akan naik kerana bermula 1 Februari, kadar surcaj sebanyak 3.7 sen per KWj akan dikenakan kepada pihak industri dan komersil.

“Penambahan surcaj ini, mahu tidak mahu akan diterjemahkan melalui kenaikan harga barang akhirnya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pengguna harus sedar bahawa penambahan pengguna domestik akan berlaku ke atas jumlah 9 juta yang sedia ada ketika ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menggunakan subsidi ini secara bijaksana agar ia dapat dimanfaatkan dalam jangka waktu semaksima  dan kepada seramai mungkin pengguna.

“PPIM mengucapkan terima kasih di atas keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Tenaga kerana telah memperuntukkan subsidi tenaga sebanyak RM715 juta melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) kepada pengguna domestik,” katanya.

Nadzim berkata, PPIM bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Tenaga dan mana-mana pihak berkaitan untuk memulakan kempen penjimatan tenaga agar kesedaran tersebut dapat diluaskan. - Getaran, 29 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelarasan Tarif Elektrik Di KHTP Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 31 Dis 2023

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Perbezaan Politik Senjata Permusuhan - Anwar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Subsidi Elektrik, Haji Untuk T20 – PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Elektrik Pengguna Domestik, PKS Dikekalkan – Nik Nazmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global