web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


14 Lelaki Ditahan Memandu Bawah Pengaruh Alkohol

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 6:26PM

Operasi dijalankan di sekitar pusat bandar termasuk Jalan Loke Yew, Jalan Raja Laut dan Lebuhraya DUKE. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 14 lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol menerusi Op Samseng Jalanan dan Op Motosikal di sekitar ibu negara, awal pagi tadi.

Operasi dijalankan Unit Kuatkuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur di sekitar pusat bandar, termasuk Jalan Loke Yew, Jalan Raja Laut dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) itu, bermula jam 9 malam hingga 4 pagi ini.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifuddin Mohd Salleh, berkata semua pemandu yang ditahan itu berusia antara 30 hingga 55 tahun.

“Hasil ujian pernafasan dijalankan mendapati paras alkohol dalam tubuh mereka melebihi tahap dibenarkan.

“Semua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan didakwa mengikut Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sarifuddin berkata, pihaknya menahan lapan lelaki dalam operasi sama, termasuk seorang remaja yang menunggang motosikal secara berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

Katanya, suspek berusia antara 13 hingga 20 tahun itu didapati menunggang dengan melakukan aksi ‘zig-zag’, roket, ‘superman’ dan bersaing sesama sendiri.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis turut menyita 15 motosikal atas kesalahan pengubahsuaian struktur kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 388 saman atas pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan dalam operasi terbabit.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuala Lumpur yang turut serta dalam op berkenaan, mengeluarkan 11 saman terhadap penunggang motosikal atas kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global