web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Politik Lalai, Kejar Kepentingan Peribadi Berbanding Bangunkan Ekonomi Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 3:07PM

Pandemik COVID-19 ternyata memberikan kesan kepada ekonomi negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin kini dilihat lebih mementingkan drama politik dan tidak menumpukan lebih kepada isu rakyat serta kesan pandemik COVID-19 yang berlaku di negara.

Perkara itu diakui bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung pemimpin politik di negara ini yang dilihat saban hari bertelingkah demi berebut kuasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Musa Hassan
Musa Hassan

Musa berkata, semua pemimpin berkenaan hanya mahu menjatuhkan antara satu sama lain demi kepentingan diri sendiri.

"Pemimpin politik Malaysia hari-hari bergaduh, berebut kuasa dan bertungkus lumus merancang untuk menjatuhkan sesama sendiri bagi kepentingan diri.

''Negara lain lebih maju kerana pemimpin politik bertungkus-lumus membangunkan ekonomi dan tahap kehidupan rakyat mereka,'' katanya sinis menerusi ciapan di Twitter miliknya, hari ini.

Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pemimpin UMNO yang seolah-olah lupa diri, walaupun PAS bertungkus-lumus menyelamatkan parti itu selepas tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Parlimen Marang itu menyifatkan, tindakan UMNO sebagai tidak bermoral kerana mereka bersama-sama terlibat dalam gagasan Muafakat Nasional (MN).

Dalam pada itu, Abdul Hadi mengulangi pendirian PAS yang akan terus mengukuhkan MN dan memperkasa Perikatan Nasional (PN) sebagai agenda utama parti.

Katanya, konsep perpaduan ummah dalam MN yang ditandatangani PAS dan UMNO pada 2019 dengan jelas menyatakan jemputan agar BERSATU bersama-sama menyertai gagasan tersebut. - Getaran, 31 Januari 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka