web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cashoots Nuggets Layakkan 3 Mahasiswa UMS Rangkul Anugerah Inventor Muda Terbaik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 8:23PM

Produk Cashoots Nuggets yang dihasilkan sekumpulan mahasiswa UMS.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Idea kreatif sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) menghasilkan produk makanan sampingan berasaskan sayuran, Cashoots Nuggets melayakkan mereka memenangi anugerah pada Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Maya Antarabangsa Sabah (SIVIIC) 2022, baru-baru ini.

Kumpulan yang terdiri daripada Hanif Abdurahman Siswanto, Alec Sean Tiannok Sunga dan Balqis Nasya Sajer itu merangkul Anugerah Inventor Muda Terbaik Bidang Sains Sosial.

Mahasiswa kursus kokurikulum berkredit Interaksi Institusi dan Masyarakat (INTERIM), Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) berkenaan dibimbing Pengarah PKPP, Dr Jurry Foo dan jurulatih kumpulan, Sakinah Ithnin.

Jurry berkata, produk itu dihasilkan menggunakan pucuk ubi kayu, tepung kanji, tepung gandum, minyak masak dan telur ayam sebagai resipi utama.

Keistimewaan produk dihasilkan kumpulan terbabit, katanya, memiliki khasiat dan boleh dipasarkan pada harga mampu milik.

“Ia juga boleh menarik minat masyarakat untuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dalam diet harian, selain memiliki nilai komersial tinggi yang mampu membantu petani menambah pendapatan,” katanya menerusi kenyataan.

Dr Jurry Foo
Dr Jurry Foo

Menurut Jurry, idea tersebut tercetus selepas kajian membuktikan pucuk ubi kayu mempunyai manfaat kepada kesihatan manusia dan boleh mengatasi isu obesiti dalam kalangan masyarakat. 

Katanya, stok ubi kayu yang banyak di negara ini memudahkan permintaan dipenuhi apabila ia dipasarkan nanti.

Beliau berkata, produk menampilkan tiga jenis perisa, Asli, Ayam atau Pedas dibangunkan secara sejuk beku itu juga membolehkan ia disimpan lebih lama daripada makanan segar.

Mengulas mengenai SIVIIC, Jurry memaklumkan, pertandingan itu adalah kali kedua dianjurkan Jabatan Penyelidikan, Hubungan Industri, Komuniti dan Alumni (PJIMA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah.

Jelasnya, pertandingan bertemakan ‘Menukarkan Ketidakpastian COVID-19 kepada Peluang’ itu menampilkan 60 produk dan inovasi, membabitkan mahasiswa bidang sains dan sains sosial daripada beberapa universiti.

“Selain kumpulan itu, lima kumpulan mahasiswa UMS mencatatkan pencapaian membanggakan apabila masing-masing dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gangsa.

“Lima kumpulan ini meraih pingat melalui produk masing-masing, iaitu Smart A-Bin, Charm-Dal Light, Innovation of Tombstone ‘Batu Nisan’, Friendly Wudhuk Hand Shock dan Prayermate With Pocket,” katanya.

Beliau berkata, PKPP berhasrat meneruskan budaya reka cipta dan inovasi sebagai satu daripada kaedah penyampaian dalam Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) ditawarkan di UMS.

“Sebagai menjamin kualiti dan impak menyeluruh kepada mahasiswa, PKPP UMS bercadang menganjurkan bengkel serta seminar bersama Majlis Pengarah Kokurikulum Universiti Awam Malaysia (UniCC),” jelasnya. - Getaran, 31 Januari 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global