web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kuala Lumpur Meriah, 'Ceria' Sempena Cuti Tahun Baharu Cina

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2022 9:51PM

Cuti sempena Tahun Baharu Cina ini digunakan sepenuhnya warga kota untuk bersiar-siar bersama keluarga. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun hari ini diisytiharkan cuti umum sempena Tahun Baharu Cina yang menyaksikan kebanyakan warga kota mengambil peluang pulang ke kampung, suasana di sekitar Kuala Lumpur tetap meriah dan penuh aktiviti ‘warna-warni’.

Tinjauan Getaran di sekitar ibu negara sejak pagi tadi mendapati, beberapa lokasi menjadi tumpuan pengunjung untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan.

Ditambah kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pada sambutan kali ini berbanding tahun lalu, mereka lebih ‘berani’ menghabiskan cuti dengan aktiviti luar rumah.

Selain mengunjungi lokasi menarik, ada segelintir memilih menginap di hotel apabila kebanyakan tempat penginapan itu habis ditempah.

Siti Zarina Mohd Zani
Siti Zarina Mohd Zani

Pekerja swasta, Siti Zarina Mohd Zani, 24, berkata dia memilih menghabiskan cuti seminggu diberikan syarikat bersempena Tahun Baharu Cina untuk mengunjungi lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur, memandangkan sudah dua tahun tidak mengunjunginya akibat COVID-19. 

Wanita berasal dari Teluk Intan Perak itu memaklumkan, antara lokasi dikunjunginya adalah Menara Berkembar Petronas, Pusat Beli-Belah Pavilion dan Zoo Negara.

Katanya, kemudahan perkhidmatan pengangkutan tren seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorail serta bas memudahkan perjalananya untuk bergerak antara lokasi.

“Kemudahan LRT, MRT serta bas, banyak membantu perjalanan dari satu desnitasi ke destinasi lain,” katanya ketika ditemui Getaran di Pavilion, Bukit Bintang.

 Shafiqah Ashikin Abdul Hamid
Shafiqah Ashikin Abdul Hamid

Bagi Shafiqah Ashikin Abdul Hamid, 26, dia dan suami mengambil peluang cuti itu untuk berbulan madu selepas melangsungkan pernikahan Disember lalu.

“Sebenarnya saya dan suami baru sempat bulan madu kerana selepas kahwin, kami tidak mempunyai masa sesuai untuk bercuti.

“Jadi kami masing-masing mengambil cuti seminggu sempena Tahun Baharu Cina untuk berjalan-jalan di Kuala Lumpur,” katanya.

Shafiqah berkata, sepanjang bercuti, dia dan suami turut ke beberapa pusat beli-belah di sekitar ibu kota.

“Ada juga kami ke taman rekreasi kerana banyak aktiviti menarik dilakukan pengunjung di situ, seperti berbasikal dan bermain layang-layang dan,” kata pekerja swasta berkenaan.

Divyabarati Veerasingam
Divyabarati Veerasingam

Dalam pada itu, seorang mahasiswa Universiti Selangor, Divyabarati Veerasingam, 23, berkata dia menghabiskan cuti perayaan terbabit untuk menenangkan fikiran.

“Saya ke tempat beriadah di sekitar Kuala Lumpur untuk melepaskan stres belajar, malah di sini ada banyak tempat rekreasi menarik dengan pelbagai aktiviti lasak.

“Ibu kota adalah tempat sesuai untuk meluangkan cuti secara bajet kerana pelbagai kemudahan disediakan, terutama pengangkutan yang menjimatkan poket pelajar seperti saya,” katanya. - Getaran, 1 Februari 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global