web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Ayam RM8.90 Sekilogram - Alexander

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 2:43PM

Harga runcit bagi ayam standard telah ditetapkan kepada RM8.90 sekilogram bermula Sabtu ini hingga 5 Jun. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Putrajaya - Penetapan harga runcit bagi ayam standard kepada RM 8.90 sekilogram bermula Sabtu ini hingga 5 Jun dianggap sebagai langkah intervensi kerajaan untuk menjamin kestabilan harga ayam dan makanan berkaitan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurut beliau, langkah tersebut mampu mengawal harga runcit ayam di pasaran pada masa ini susulan peningkatan kos penternakan ayam sebanyak 70 peratus.

“Pada Isnin lalu, dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan, pihak berkaitan sudah diberikan taklimat berkenaan industri pengeluaran ayam dan telur yang menerima kenaikan mendadak, susulan peningkatan kos input makanan jagung dan soya.

“Berikutan peningkatan kos pengeluaran, maka pihak industri telah mengemukakan kepada kerajaan supaya harga kawalan dinaikkan," katanya di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pengurangan harga runcit maksimum bagi ayam standard ditetapkan Mesyuarat NACCOL.

Penetapan harga siling runcit ayam bagi Labuan, Sabah dan Sarawak pula akan dibuat berdasarkan lokasi.

Katanya ini adalah kali ketiga penurunan seumpama itu dilaksanakan.

“Penurunan pertama iaitu  RM9.50 sekilogram dibuat sempena Deepavali lalu dan kedua pada paras RM9.30 dilaksanakan ketika Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) (7 hingga 31 Disember lalu) manakala paras harga RM9.10 ketika (SHMKM) (1 hingga 4 Februari).

"Penetapan harga baru runcit ayam ini ditampung melalui subsidi kerajaan sehingga kos pengeluaran ayam kembali rendah dan stabil," katanya.

Tambah Alexander, pihaknya sentiasa menyokong langkah proaktif kerajaan bagi memastikan Dasar Sekuriti Makanan Negara sentiasa terjamin.

“Hasil Mesyuarat Taskforce Pelaksanaan mengenai pelan tindakan jangka panjang berkaitan bekalan makanan, yang akan dipengerusikan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) tidak lama lagi akan dilaporkan ke Mesyuarat NACCOL akan datang,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah