web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Komited Selesai Isu Penolong Pegawai Perubatan Kontrak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2022 6:02PM

Kumpulan PPP lantikan kontrak Gred U29 yang mengadakan protes secara maya hari ini menggesa kerajaan melanjutkan tempoh perkhidmatan dan menerima PPP kontrak sebagai pegawai tetap. - Gambar dari Facebook Penolong Pegawai Perubatan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) komited akan mencari titik penyelesaian interim yang lebih baik berhubung isu dihadapi penolong pegawai perubatan (PPP) lantikan kontrak.

Sumber daripada KKM menjelaskan, ia merupakan antara langkah bagi menjamin masa depan PPP kontak selain melihat keperluan bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka. 

Menurutnya, kementerian memandang serius perkara ini dan akan mengadakan perbincangan bersama kumpulan berkenaan. 

"Kita ambil maklum terhadap perkara ini dan akan berusaha sebaiknya bagi membantu masalah yang dihadapi. 

"Kita akan mengadakan pertemuan bersama mereka untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu tersebut," katanya ringkas kepada Getaran, hari ini.

Ditanya sekiranya kumpulan berkenaan bakal diambil tindakan, sumber menegaskan pihaknya sama sekali tidak akan melaksanakan perkara tersebut. 

Terdahulu, kumpulan PPP lantikan kontrak Gred U29 yang mengadakan protes secara maya hari ini menggesa kerajaan melanjutkan tempoh perkhidmatan dan menerima PPP kontrak sebagai pegawai tetap.

Jurucakap kumpulan itu menegaskan, tindakan mereka bukan berniat untuk melakukan penentangan, sebaliknya memohon kerajaan membantu nasib sebahagian besar daripada PPP yang mengalami risiko tidak dilanjutkan perkhidmatan ketika negara masih berdepan wabak COVID-19.

Menurutnya, tunjuk perasaan dan mogok itu tidak dilakukan di lapangan kerana mahu menjadi contoh buat masyarakat dan profesion lain, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. 

Kumpulan PPP kontrak itu mengharapkan agar kerajaan memberi jaminan, atau membantu mereka dalam proses kelangsungan agar mempunyai peluang untuk diserapkan dalam perkhidmatan secara tetap.

Jelasnya, gesaan terbabit bukan semata-mata hanya untuk penjawatan tetap kerana mereka masih sedar tanggungjawab kepada masyarakat dalam bersiap siaga membantu sepanjang negara menghadapi pandemik COVID-19. - Getaran, 2 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang