web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tangani Segera Masalah Pelantikan Penolong Pegawai Perubatan Kontrak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 9:00AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permasalahan yang membelenggu Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak Gred U29 perlu ditangani segera, seiring usaha mengatasi masalah sumber manusia yang mendepani Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini.

Pakar Perunding Perubatan, Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose berkata, perkhidmatan kesihatan yang menjadi servis penting kepada negara tidak dapat disempurnakan dengan sebaiknya, tanpa kewujudan golongan berkenaan.

Beliau turut mengakui sistem kesihatan negara akan lumpuh sekiranya 4,200 PPP kontrak itu tiada dilantik bagi melengkapkan perawat pesakit di hospital dan pusat rawatan milik KKM.

“Ada juga PPP yang diambil dari swasta secara kontrak semasa pandemik dan mereka semua menjalankan tugas dengan amat cemerlang.

“Sebenarnya, dengan semua ini, negara masih belum ada cukup PPP dan mereka ini kerap kali terpaksa membuat ‘double-shift’ di banyak tempat.

“Hakikatnya, selain dari PPP, petugas seperti Pegawai Perubatan dan Pergigian, Ahli Farmasi dan Jururawat adalah petugas servis penting dan diperlukan untuk bertugas secara tetap.

“Terdapat hospital baharu yang ketiadaan petugas, tetapi bilangan pesakit terus bertambah berikutan peningkatan populasi negara,” katanya, hari ini.

Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose
Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose

Dr Alzamani menegaskan, kekosongan itu dibuktikan menerusi laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan pesakit terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan rawatan akibat kekurangan petugas kesihatan.

“Saya berharap dan berdoa agar mereka ini dipermudahkan untuk mendapat lantikan tetap. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan kami semua bagi khidmat yang diberi khususnya semasa pandemik memuncak. Perjalanan kita masih jauh.

“Semoga pihak selain KKM seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Ahli Parlimen dan Perdana Menteri dapat melihat keperluan kakitangan untuk merawat pesakit diunjurkan selaras dengan keperluan semasa dan masa hadapan bagi servis penting ini,” katanya.

Berkongsi pengalaman ketika menjadi doktor di zon kecemasan dan wad pemerhatian Hospital Alor Star, beliau memberitahu, PPP telah melaksanakan tugasan diberikan dengan sangat efisyen dalam menguruskan semua pesakit.

Sehubungan itu, penjawatan PPP ke lantikan tetap tegasnya, amat penting bagi melengkapkan semua proses perawatan terhadap pesakit.

Dr Alzamani menarik perhatian, kumpulan itu mempunyai skill lebih baik dalam menghadapi situasi seperti pengurusan bencana, perawatan pra-hospital, pengurusan ventilator serta ujian swab.

“Ada juga yang terlatih membuat echocardiography, EEG dan sebagainya.

“Mereka membuat tugasan pengasingan kategori pesakit (triaj) dan sabar berhadapan dengan semua cabaran di barisan hadapan.

“Bila pandemik melanda, mereka menjadi tenaga penting untuk memastikan proses perawatan pesakit menjadi lengkap dari saat pertama pesakit muncul.

“Mereka ini tidak berkira bila bekerja. Di hospital saya, apabila tidak cukup staf, ramai buat kerja ‘double-shift’ tanpa sedikit pun berkira. Apabila berlaku bencana seperti pelanggaran kereta api, mereka tinggal di hospital dan tidak pulang untuk bersama membantu perawatan pesakit,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah di Jabatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Alias Mahmud berkata, pihak berwajib perlu melakukan pertimbangan wajar dan adil agar semua PPP lantikan kontrak dapat diserap ke jawatan tetap.

Menurut beliau, sistem kesihatan negara yang kini telah mencapai kemajuan membuktikan kepentingan perkhidmatan mereka, kerana sentiasa menjadi barisan hadapan ketika negara menghadapi bencana.

Dr Alias Mahmud
Dr Alias Mahmud

“Ketika negara kekurangan doktor, PPP yang mengambil alih tempat tersebut. Mereka berkhidmat di uar bandar, ladang dan klinik bergerak untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di seluruh pelusuk negara.

“Mereka juga tenaga penting dalam perkhidmatan perubatan kecemasan dan pra hospital, bertugas di unit-unit kepakaran bagi mengendalikan ujian diagnostik, berkhidmat di kesihatan komuniti bagi mengendalikan program-program kesihatan serta bertindak sebagai frontliners utama dalam menangani wabak COVID-19,” katanya.

Terdahulu, kumpulan PPP lantikan kontrak Gred U29 yang mengadakan protes secara maya hari ini menggesa kerajaan melanjutkan tempoh perkhidmatan dan menerima PPP kontrak sebagai pegawai tetap.

Jurucakap kumpulan itu menegaskan, tindakan mereka bukan untuk melakukan penentangan, sebaliknya memohon kerajaan membantu nasib sebahagian besar daripada PPP yang mengalami risiko tidak dilanjutkan perkhidmatan ketika negara masih berdepan wabak COVID-19.

Menurutnya, tiada demonstrasi tunjuk perasaan dan mogok dilakukan di lapangan kerana mahu menjadi contoh buat masyarakat dan profesion lain, di waktu semua pihak masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Kumpulan berkenaan juga mengharapkan agar kerajaan memberi jaminan untuk membantu proses penyambungan kontrak dan mempunyai peluang untuk diserapkan dalam perkhidmatan secara tetap.

Jelasnya, gesaan terbabit bukan semata-mata hanya untuk penjawatan tetap, kerana mereka masih sedar tanggungjawab kepada masyarakat dalam membantu negara menghadapi pandemik COVID-19. - Getaran, 3 Febuari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Penggantian Segera Untuk Kekosongan Jawatan Doktor Kontrak

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Bantu Doktor Kontrak Buka Klinik: ‘Tawaran MARA Menarik Tapi Berisiko Muflis’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lebih Banyak Pertemuan KKM, Hartal Doktor Kontrak

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perlu Pelan Unjuran 5 Hingga 10 Tahun Selesai Isu Petugas Kesihatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini