web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JKMPay Perlu Dihentikan, Tak Penuhi Keperluan OKU

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 12:30PM

Datuk Ras Adiba Mohd Radzi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) digesa menghentikan pelaksanaan program rintis Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Secara Tanpa Tunai (Cashless) atau JKMPay.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi berkata, pelaksanaan program tersebut yang merupakan inisiatif ke arah pendigitalan dalam menyampaikan bantuan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) itu tidak pernah sama sekali mendapatkan sebarang pandangan terlebih dahulu daripada golongan terbabit.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa ‘nothing about us, without us’, jika ingin melakukan sesuatu perkara yang baik dan bernas buat OKU.

“Sila bertanya dan berbincang terlebih dahulu dengan kami mengenai keperluan kami. Ini kerana hanya OKU faham akan keperluan OKU lain,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memohon pembayaran EPOKU (EPC) sebanyak RM450 secara tunai dikembalikan bermula bulan ini, memandangkan ia telah menyebabkan ramai OKU mengalami kesulitan dalam pelbagai perkara.

“Saya mohon pertimbangan sekali lagi, agar JKM membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Kebangsaan OKU dengan kadar segera.

“JKM diharap dapat mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan atau persatuan berkaitan komuniti OKU, bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berkenaan pelaksanaan JKMPay,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, projek rintis JKMPay yang telah dilaksanakan hampir setahun masih lagi di peringkat kajian sebelum dilaksanakan secara meluas di seluruh negara.

Namun, beliau menegaskan program tersebut tidak membabitkan semua penerima bantuan JKM dan hanya bersifat pilihan, serta diadakan secara rintis selama enam bulan bermula Februari tahun lalu.

Katanya, terdapat kekeliruan dalam kalangan penerima bantuan JKM yang beranggapan ia membabitkan semua penerima termasuk golongan OKU.

Sementara itu, Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral berkata, sejak kebelakangan ini, banyak isu atau permasalahan berkenaan OKU tercetus, tanpa sebarang jalan penyelesaian.

“Sudah tiba masanya KPWKM merealisasikan penaiktarafan Jabatan Pembangunan OKU sebagai sebuah jabatan penuh dan pengarahnya mestilah daripada kalangan OKU.

“Ini adalah bagi memastikan pembangunan dan pemerkasaan OKU dapat dilakukan dengan baik, saksama dan adil,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka