web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Caj RM1 Transaksi ATM Wajib Dimansuhkan Kerajaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 2:09PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz digesa mempertimbangkan semula pelaksanaan caj RM1 bagi setiap pengeluaran wang tunai antara bank (MEPS) di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan berkenaan dilihat sebagai tidak prihatin kepada keadaan semasa rakyat.

Menurut beliau, orang ramai ketika ini masih bergelut dengan kekurangan tunai dan peluang pekerjaan yang rendah serta peningkatan harga barangan keperluan secara berterusan.

“Tinjauan ekonomi bagi tahun 2022 juga menjangkakan prospek pemulihan ekonomi yang lembab bakal meningkatkan lagi kos sara hidup rakyat.

“Sudahlah moratorium pinjaman bank mulai berakhir, manakala sehingga hari ini #TuntutanRakyat untuk pengeluaran kali terakhir RM10,000 wang simpanan KWSP mereka juga masih dipandang sepi oleh kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Kelmarin, caj RM1 telah dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di mesin ATM.

Pengumuman itu telah dibuat beberapa bank seperti Maybank, CIMB Bank, Citibank dan RHB Bank menerusi platform media sosial sejak Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, bagi memastikan konsep dan falsafah Keluarga Malaysia ini dirasai oleh rakyat kebanyakan, Asyraf berpendapat adalah satu keperluan bagi kerajaan meneruskan pengecualian caj RM1 itu sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi.

“Pemuda UMNO tidak melihat ada sebarang masalah bagi semua bank utama tempatan untuk menyerap caj RM1 berkenaan demi rakyat.

“Ini kerana semakan keuntungan terkumpul bagi tahun 2021 sehingga 30 September 2021 (9M/2021) mencecah puluhan bilion ringgit,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyenaraikan keuntungan terkumpul bank-bank iaitu Maybank sebanyak RM6.04 bilion, Public Bank (RM4.28 bilion), CIMB (RM3.44 bilion), Hong Leong Bank (RM2.17 bilion), dan RHB (RM1.99 bilion).

Diikuti AMMB mencatat keuntungan RM707.64 juta, Bank Islam (RM454.67 juta), Affin Bank (RM320.09 juta) dan Alliance Bank (RM315.75 juta).

Justeru, beliau mendesak agar Menteri Kewangan untuk lebih berpihak kepada rakyat yang sedang susah dan gelisah dengan memenuhi tuntutan mereka termasuk menarik balik keputusan mengenakan caj pengeluaran berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj RM1 di semua mesin Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) pada 6 April 2020.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) tanpa perlu dikenakan caj RM1. - Getaran, 3 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 7 bulan yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Sekretariat UMNO Bantu Usahawan, Peniaga Demi Perkasa Ekonomi Bumiputera

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global