web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Pandang Serius Kepentingan Wujud Pengeluaran Makanan Ternakan Tempatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Feb 2022 8:57PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memandang serius keperluan mewujudkan pengeluaran makanan ternakan di dalam negeri, bagi mengekang isu kenaikan harga bahan makanan eksport.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, kebenaran untuk mengimport ayam bulat dari negara luar hanyalah satu tindakan jangka pendek yang bersifat sementara.

Menurut beliau, pendekatan yang terbaik adalah dengan memperkukuhkan pengeluaran produk tersebut dalam negara secara lestari.          

“Kami bersetuju dengan tindakan kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC), sebuah agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk melaksanakan kajian serta siasatan berterusan agar tidak wujud kartel harga serta manipulasi orang tengah dalam industri pengeluaran dan bekalan ayam.

“Selain itu, pihak berkuasa yang berkenaan perlu menyegerakan penyelidikan berkenaan alternatif makanan ayam supaya negara tidak diancam dengan harga jagung, soya dan ubat-ubatan yang sekarang ini 100 peratus diimport,” katanya di sini hari ini.

Mohideen berkata, pergantungan kepada import makanan harus diatasi dengan segera dan CAP mengalu-alukan tindakan kerajaan untuk bertindak menstabilkan harga barangan seperti yang diputuskan menerusi Mesyuarat Majlis Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 31 Januari lalu.

Menurut beliau, CAP menyambut baik keputusan kerajaan menetapkan harga siling runcit ayam pada harga RM8.90 di Semenanjung walaupun kerajaan terpaksa menyediakan subsidi.

“Kami berpandangan positif terhadap keputusan kerajaan mengekalkan harga telur gred A, B dan C pada harga Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) terkini.

“Selain itu, CAP juga berpendapat kerajaan perlu memantau dan menerima aduan dari pengguna sekiranya terdapat peniaga menaikkan harga,” katanya.

Pada masa sama beliau menegaskan, pengguna juga perlu menggunakan saluran yang betul untuk mendedahkan aduan peniaga yang cuba meraih keuntungan berlebihan.

“CAP turut menyokong ketegasan dan campur tangan kerajaan walaupun pihak penternak meminta harga ayam di ladang dinaikkan, yang pastinya mempengaruhi harga pasaran sehingga mencecah melebihi RM10 sekilogram,” katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan, penetapan harga runcit bagi ayam standard kepada RM 8.90 sekilogram bermula Sabtu ini hingga 5 Jun adalah langkah intervensi kerajaan untuk menjamin kestabilan harga ayam dan makanan berkaitan.

Menurut beliau, langkah tersebut mampu mengawal harga runcit ayam di pasaran pada masa ini susulan peningkatan kos penternakan sebanyak 70 peratus. - Getaran, 3 Febuari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini