web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dr Mahathir Semakin Pulih, Dibenar Keluar IJN Sejak Kelmarin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Feb 2022 5:40PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah dibenarkan pulang ke rumah sejak 2 Februari lalu selepas beberapa hari dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) apabila keadaan kesihatannya semakin pulih.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau perlu berulang alik ke IJN untuk menjalani proses rawatan pemulihan.

“Saya ingin maklumkan bahawa saya sudah pulih walaupun tidak sepenuhnya, tetapi sudah pulih beberapa hari dan tiap-apa hari saya balik ke rumah dari hospital.

“Saya balik ke rumah dari pagi sampai petang, Lepas itu saya balik ke hospital kerana masih ada prosedur yang mereka ingin teruskan,” katanya menerusi kenyataan dan video di Facebook.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), turut mengucapkan terima kasih kepada pihak mendoakan kesembuhannya.

“Saya ucap terima kasih kepada semua pihak yang sudah berdoa untuk pemulihan saya. Ramai yang hantar bunga, kad dan sebagainya. Untuk itu saya ucap terima kasih.

“Harapan saya adalah dalam jangka masa tak lama saya akan pulih sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan pejabatnya, Dr Mahathir dimaklumkan perlu menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan susulan di IJN.

Katanya, negarawan itu juga dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat.

“Tun Dr Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini, masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan pelawat,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan Dr Mahathir dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN pada 22 Januari lalu.

Sebelumnya pada 7 Januari, beliau dimasukkan ke institusi kesihatan sama bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan keluar enam hari kemudian. - Getaran, 4 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelancongan Pulau Pinang Lebih Hebat Berbanding Langkawi?

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kenyataan Tun M Cuba Nyalakan Kebencian Antara Kaum - Aaron Ago

3

Politik 8 bulan yang lalu

PM Enggan Layan Isu Langkah Dubai, Nasihat Tun M Jaga Kesihatan

4

Politik 8 bulan yang lalu

Dr M Hanya Seorang Negarawan, Bukan Wali Allah - Aktivis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah