web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengguna Ke Lembah Klang Dinasihat Mula Perjalanan Sebelum 9 Pagi - PLUS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 8:24PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna lebuh raya dari arah utara dan selatan yang ingin kembali ke Lembah Klang bermula hari ini hingga 6 Februari, dinasihat supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dengan memulakan perjalanan sebelum jam 9 pagi.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, cadangan itu susulan ‘lonjakan’ trafik yang meningkat dari semua negeri pada hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina.

“Lonjakan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan seperti pada 2 Februari lalu, dijangka berulang pada 5 dan 6 Februari (Sabtu dan Ahad) ini, berikutan orang ramai yang mengambil cuti tambahan sempena cuti sekolah akan memulakan perjalanan kembali ke Lembah Klang.

“Kami menggesa orang ramai, khususnya yang berada jauh dari Lembah Klang supaya merancang perjalanan pulang dengan merujuk kepada TTA dikeluarkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PLUS membuat persediaan rapi bagi memastikan pengguna menikmati perjalanan pulang yang selesa.

Komitmen itu, katanya, termasuk menyediakan pasukan PLUSRonda tambahan untuk membantu pengguna yang mungkin menghadapi masalah kerosakan kenderaan di lebuh raya.

Menurut Zakaria, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di sepanjang lebuh raya.

“JPJ menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk pengurusan trafik di plaza tol dan kawasan rehat. Maklumat trafik turut disediakan menerusi pelbagai saluran komunikasi PLUS.

“Pastikan baki kad Touch ‘n Go (TnG) atau TnG e-Wallet untuk transaksi RFID anda mencukupi bagi menikmati perjalanan selesa dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di kawasan rehat dan rawat (RnR) serta hentian sebelah,” katanya. - Getaran, 4 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: Jumlah Kenderaan Dijangka Meningkat Sehingga 1.9 Juta Sabtu Ini - PLUS

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Aidiladha: Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi