web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Diminta Bentang Laporan Kes Kematian Dalam Tahanan Di Parlimen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Feb 2022 8:29PM

Kasthuri Patto - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan harus menyediakan laporan berhubung kes kematian dalam tahanan untuk dibentangkan pada sesi sidang Parlimen yang bermula 28 Februari ini.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto, berkata perkara itu perlu susulan ‘kehilangan’ laporan penemuan kes kematian dalam tahanan walaupun banyak agensi dan jabatan kerajaan ditugaskan untuk menyiasatnya.

“Ini termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan yang ditubuhkan pada Disember 2021 dan diletakkan di bawah JIPS pasti sibuk menguruskan sendiri enam kes kematian dalam tahanan tahun ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terdapat enam kes kematian dalam tahanan sejak awal tahun ini, namun tidak ada satu ‘suara’ pun memaklumkan mengenai punca kes terbabit.

“Saya menggesa kerajaan menyediakan laporan berhubung kematian itu untuk dibentangkan pada sesi baharu sidang Parlimen nanti.

“Saya turut berharap perkara ini mendapat perhatian segera daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ketua Keluarga Malaysia dan beliau perlu memastikan laporan itu disediakan pihak atau agensi terbabit,” katanya.

Mengulas lanjut, Kasthuri berkata, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara ini mesti menunjukkan komitmen dalam melindungi dan mempertahankan hak asasi manusia.

Katanya, kes kematian dalam tahanan bukan perkara perlu dilihat sebelah mata, sebaliknya berkaitan pelanggaran hak asasi manusia yang serius. - Getaran, 4 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

4

Politik 7 bulan yang lalu

DAP Menjunjung Titah Agong Untuk Lakukan Yang Terbaik Perkukuh Kestabilan Politik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka