web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAN Perlu Lakukan Audit Terhadap MARA - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2022 4:51PM

Fahmi bekata audit yang dilakukan oleh JAN mampu menangani persepsi negatif dan mengembalikan integriti MARA. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara (JAN) digesa menjalankan pengauditan terperinci ke atas Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan anak syarikatnya susulan dakwaan salah guna kuasa lima pegawai tinggi agensi terbabit.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, langkah itu mampu menangani persepsi negatif dan mengembalikan integriti agensi berkenaan.

“Kes salah guna kuasa atau urus tadbir dalam agensi seperti  ini (MARA) hanya akan diketahui jika ia didedahkan di media sosial.

“Jika perbuatan ini tidak terbongkar bersama dokumen sokongan membabitkan tuntutan dilakukan kelima-lima individu berkenaan, sampai bila-bila kita tidak akan sedar mengenai perkara terbabit,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Ahmad Fahmi yang juga Anggota Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik mewakili Pakatan Harapan (PH) berkata, walaupun isu salah guna kuasa diketengahkan itu berkaitan rasuah, penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata untuk menyiasatnya tidak memadai.

Katanya, SPRM juga sepatutnya memberi tumpuan untuk membersih dan mengembalikan integriti agensi itu sendiri dengan mencari penyelesaian berhubung isu didepani, termasuk berkaitan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Saya lihat SPRM perlu membersihkan diri sendiri dulu, sekarang ini setiap apa yang berlaku dengan suruhanjaya itu kita lihat ia menimbulkan pertanyaan. Masalah membabitkan Azam sehingga hari ini tidak selesai.

“Selagi tanda tanya mengenai isu terbabit berlegar dalam SPRM, saya rasa rakyat sukar menerima bahawa suruhanjaya ini boleh melakukan siasatan telus, tidak berat sebelah dan terbuka,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, badan atau agensi penguatkuasaan lain juga boleh tampil melakukan siasatan bebas secara telus dan terbuka bagi membantu menyelesaikan isu didepani MARA ketika ini.

Jelasnya, sebagai contoh Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh memainkan peranan dengan mengambil tindakan berlandaskan undang-undang sekiranya lima individu terbabit terbukti melakukan kesalahan.

“Malah pihak polis boleh membuka kertas siasatan untuk dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara jika terdapat keperluan itu,” katanya.

Terdahulu, akaun Twitter, @ES_EdisiKhas mendedahkan satu surat permohonan dihantar kepada Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun bagi menjalankan siasatan integriti terhadap lima pegawai kanan MARA berhubung tuntutan mencurigakan oleh mereka.

Surat bertarikh 30 Januari itu dihantar Pengerusi Eksekutif MARA Corporation, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Akaun itu turut mendedahkan dokumen sokongan membabitkan tuntutan kelima-lima individu berkenaan dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit.

Pendedahan tersebut mendapat perhatian warga maya sehingga ada yang menggesa SPRM memulakan siasatan terhadap perkara itu.

Bagaimanapun, Azizah menerusi kenyataan menafikan wujud salah guna kuasa atau urus tadbir dalam agensi itu dan anak syarikatnya seperti didakwa.

Malah, beliau berkata, MARA memandang serius dakwaan itu dan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana individu yang disyaki terbabit dalam perkara berkenaan atau tidak berintegriti. - Getaran, 5 Februari 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'