web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Wujud Subsidi Kepada Penternak Ayam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Feb 2022 5:33PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebergantungan kerajaan kepada pengimportan ayam bulat sejuk beku bagi menampung kekurangan bekalan itu, dilihat mampu meningkatkan bil import makanan sehingga mencecah RM55 bilion.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, tindakan tersebut secara jelas akan menjejaskan dasar sekuriti makanan negara.

Menurutnya, kaedah ‘import lebih mudah’ itu menyebabkan industri pertanian Malaysia sehingga kini tidak mencapai kemajuan, di samping rakyat terpaksa bergantung nasib kepada negara lain untuk mendapatkan keperluan makanan berkenaan.

Beliau berkata, harga ayam yang ditetapkan pada kadar RM8.90 sekilogram sehingga bulan Jun, iaitu selama 121 hari juga amat luar biasa kerana biasanya ia dilaksanakan sekitar dua minggu sempena musim perayaan sahaja.

“Kawalan ini akan menjejaskan penternak yang kini mengalami tekanan serius akibat kenaikan harga dedak dan gaji pekerja.

“Kerugian berpanjangan turut mengakibatkan mereka ‘lingkup’ dan keluar daripada industri ternakan ayam sama sekali,” katanya hari ini.

Justeru, beliau menegaskan, kerajaan seharusnya mencari penyelesaian terbaik terhadap kenaikan kos dedak dan pekerja yang menjadi punca kenaikan harga ayam ketika ini.

Terdahulu, kerajaan memberi kelulusan untuk mengimport ayam bulat sejuk beku ke Malaysia kepada 32 syarikat dari tiga negara, iaitu Thailand, China dan Brazil setakat ini.

Usaha itu bertujuan mengatasi masalah kekurangan bekalan dan kenaikan harga ayam mentah dihadapi rakyat.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dilaporkan berkata, pengimportan dari negara berkenaan bagaimanapun akan dihentikan sebaik bekalan ayam di pasaran tempatan stabil semula.

Dalam pada itu, Tze Tzin mencadangkan kerajaan memberikan subsidi pengeluaran (output based subsidies) kepada penternak bagi meringankan kos input dan meningkatkan produktiviti.

Jurucakap Parlimen Hal Ehwal Pertanian dan Komoditi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, subsidi kepada sektor penternakan ayam boleh dilakukan seperti mana kerajaan melaksanakan subsidi pengeluaran padi kepada pesawah.

“Buat masa sekarang pengeluaran sebulan ayam adalah sebanyak 130,000 tan metrik. Saya mencadangkan subsidi RM500 satu tan metrik (hanya 50 sen sekilo) diberikan kepada penternak.

“Ini supaya mereka mampu meningkatkan pengeluaran. Kerajaan hanya perlu membelanjakan RM65 juta sebulan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpandangan, subsidi pengeluaran hanya perlu terhad kepada tiga bulan sahaja sehingga pengeluaran bekalan kembali ke tahap normal.

“Pendekatan ini pasti akan meningkatkan pengeluaran ayam dan menyelamatkan industri penternakannya. Negara juga tidak perlu bergantung kepada pengimportan. Ini adalah cara serampang dua mata.

“Saya ingin menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memahami masalah sebenar kenaikan harga ayam dan laksanakan penyelesaian lebih efektif,” katanya. - Getaran, 5 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MAFI Permudah Proses Tuntutan Subsidi, 'Penternak Boleh Fokus Tingkat Pengeluaran Ayam'

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi