web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


14 Kematian Baharu COVID-19, 9 BID

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 12:58PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 14 kes kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sembilan kes kematian dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah 32,025 dengan 6,462 daripadanya adalah kes BID.

Johor dan Selangor masing-masing mencatatkan dua angka kematian, diikuti satu di Pahang, Perak dan Terengganu.

Tiada kematian dilaporkan di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 65,952 kes aktif dilaporkan dengan 57,895 individu sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,205 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), manakala 3,729 lagi menerima rawatan di hospital.

Kira-kira 56 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 67 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 6,546 kes sembuh turut dilaporkan.

Dalam pada itu, sebanyak 73,328 dos vaksin diberikan semalam iaitu 56,873 dos penggalak, 15,673 dos pertama dan 782 dos lengkap.

Setakat ini, kira-kira 63,914,165 atau 78.8 peratus penduduk di negara ini sudah lengkap divaksinasi. - Getaran, 6 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang