web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Negara Catat 10,089 Kes COVID-19, Tertinggi Sejak 2 Oktober Tahun Lalu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 4:47PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 terus merekodkan peningkatan kepada 10,089 kes pada hari ini berbanding 9,117 kes, semalam.

Kali terakhir negara merekodkan kes harian melepasi 10,000 adalah pada 2 Oktober 2021 apabila mencatatkan 10,912 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan tersebut menjadikan jumlah individu yang sudah dijangkiti virus berkenaan sebanyak 2,914,220.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta orang ramai tidak panik dengan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam masa terdekat, memandangkan pihaknya sudah bersiap-sedia menangani keadaan itu.

Menurutnya, KKM akan memantau situasi terkini jangkitan COVID-19 dan menyifatkan peningkatan kes tersebut berpunca daripada varian Omicron yang lebih pantas menular.

Khairy memberi gambaran, senario yang akan berlaku di Malaysia ini menyamai keadaan di Singapura apabila republik itu mencatatkan 4,297 kes baharu pada 3 Februari lalu, dan terus meningkat sehingga 13,208.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada 5 Februari 2022 untuk seluruh negara, turut melonjak tinggi kepada 1.20, berbanding 1.13 sehari sebelumnya.

“Semua negeri dan Wilayah Persekutuan, kecuali Labuan, mencatat Rt melebihi 1.00 dengan kadar kebolehjangkitan di Perlis kini naik daripada Rt 1.33 kelmarin kepada 1.49 semalam,” katanya.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut statistik dikongsi Dr Noor Hisham, kadar kebolehjangkitan di Sabah adalah 1.41 diikuti Putrajaya 1.29; Kedah (1.22); Selangor (1.19); masing-masing 1.17 bagi Pulau Pinang dan Sarawak; Johor (1.16); Pahang (1.14); Terengganu (1.13); Kuala Lumpur (1.12); Melaka (1.11); masing-masing 1.10 bagi Negeri Sembilan dan Perak; dan Kelantan (1.08). - Getaran, 6 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'