web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hajiji Selar Dakwaan Hubungan Bersama Bung Mokhtar Sudah Retak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 8:07AM

Hajiji Noor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor menyangkal dakwaan kononnya hubungan beliau dengan Timbalannya, Datuk Seri  Radin retak.

Sebaliknya, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan, hubungan antara pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu sebaliknya semakin kukuh.

Beliau mengakui, tanpa sokongan padu semua rakan komponen parti dalam GRS, sudah pasti dirinya tidak dapat menyandang jawatan Ketua Menteri dan kekal dalam portfolio itu.

“Saya akan nyatakan dengan jelas, kami tidak pernah bertelagah antara satu sama lain. Tiada salah faham pernah berlaku walaupun orang lain bercakap tentang kami.

“Hubungan saya dengan Datuk Bung,  Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan sangat mesra dan semakin lama semakin kuat,” katanya hari ini.

GRS adalah gabungan yang disertai Perikatan Nasional (PN- BERSATU, STAR, SAPP, PAS dan GERAKAN) di samping Barisan Nasional (BN – UMNO, PBRS, MIC dan MCA) dan PBS.

Bung Moktar
Bung Moktar

Dalam pada itu Hajiji berkata, beliau dan Bung Moktar telah mengadakan perbincangan mengenai keperluan melindungi mandat yang diberikan rakyat kepada GRS, dan kerajaan Sabah hanya mempunyai masa kurang empat tahun  untuk berusaha keras demi rakyat sebelum ia berakhir.

Mengulas isu pendaftaran GRS secara rasmi, Pengerusi PN Sabah itu menjelaskan, beliau tidak ragu-ragu jika perkara itu dipersetujui oleh semua komponen dalam GRS.

“Jika ini yang diinginkan oleh semua orang, maka saya akan berusaha untuk memastikan GRS akan didaftarkan secara rasmi. 

“Saya percaya bahawa dengan mendaftarkan GRS sebagai pakatan rasmi, ia akan mengukuhkan lagi hubungan dan perpaduan komponennya,” katanya.

GRS memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah pada 2020 apabila memenangi 41 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, sekali gus menumbangkan gabungan Warisan Plus (Warisan, Upko dan DAP) yang memperoleh 32 kerusi.

Selepas pembentukan kerajaan negeri, GRS memperoleh tambahan enam kerusi melalui enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik dan seterusnya lima ADUN pembangkang menyertai GRS menjadikan jumlah keseluruhan kerusi DUN kini 52 kerusi. – Getaran, 7 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang