web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketidaktentuan Politik, Rasuah Jejas Keyakinan Pelabur Asing - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 8:18AM

Kedudukan negara yang semakin merosot dalam CPI 2021 jika tidak ditangani segera akan memberi kesan kepada sentimen pelabur dan perniagaan untuk jangka masa panjang. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketidakstabilan politik dan ketidakpastian dasar berpotensi menjadi faktor utama mendorong pelabur memilih pasaran lain berbanding Malaysia.

Pada masa sama, kedudukan negara yang semakin merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 jika tidak ditangani segera juga akan memberi kesan kepada sentimen pelabur dan perniagaan untuk jangka masa panjang.

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Pakar Ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, situasi tersebut mendorong pelabur beralih ke pasaran lain lebih kukuh, dan memberi kesan negatif kepada negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa termasuk pelaburan asing.

Keadaan itu katanya, diburukkan oleh beberapa faktor dan tawaran dari peringkat tertinggi kerajaan Singapura, Indonesia dan Vietnam, menyebabkan tiga negara itu berjaya menarik pelaburan berprofil tinggi mutakhir ini.

“Ada syarikat keluar dari Malaysia kerana ingin membina kilang di kawasan kos pembinaan serta kos buruh lebih murah. Itu dapat kita lihat ada syarikat pergi ke Vietnam serta Indonesia, manakala syarikat yang membuka di Singapura adalah kerana faktor cukai lebih rendah dan tenaga kerja berkemahiran.

“Di peringkat makro, ia berlaku akibat ketidakstabilan politik negara yang masih berlarutan sehingga menjejaskan keyakinan pelabur, ditambah dengan dasar tidak jelas disebabkan sukar untuk dilaksanakan dan isu rasuah yang sehingga kini masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya," katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Menurut beliau, boleh diandaikan bahawa syarikat yang menarik pelaburan itu telah mengambil kira semua faktor dalaman syarikat mereka sendiri termasuk faktor makro di Malaysia.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Bank of Nova Scotia Bhd (Scotiabank) telah menamatkan operasinya dan akan keluar dari negara sebelum akhir tahun ini setelah 49 tahun melakukan pelaburan di Malaysia.

Menurut portal perniagaan itu, rancangan Scotiabank untuk keluar dari Malaysia bukanlah sesuatu mengejutkan, memandangkan asetnya telah berkurangan selama lapan tahun berturut-turut.

Bank tersebut yang lebih menjalankan perbankan korporat mendatangkan keuntungan kecil apabila asetnya hanya mencapai RM1.28 bilion pada 31 Julai tahun lepas berbanding RM5 bilion, lapan tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Ahmed Razman berpendapat, Pilihan Raya Umum (PRU) dilihat sebagai satu pilihan untuk menstabilkan politik dan ekonomi negara agar terus berkembang serta memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS) itu berkata, hanya dengan mandat yang kukuh, sesebuah kerajaan itu dapat melaksanakan pelbagai dasar untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya serta ekonomi di samping mampu mengubah perspektif pelabur asing.

“Kerajaan dibentuk menerusi PRU haruslah stabil, namun sekiranya masih kerajaan campuran, maka isu menarik pelabur asing ini akan berkekalan kerana konsep politik bersama itu sukar dilakukan di Malaysia, apatah lagi jika asyik sibuk berpolitik sehingga tiada peluang membangunkan negara. 

“Kita tengok Indonesia, apabila kerajaan stabil, mereka melancarkan pelbagai dasar dan yang lebih mesra peniaga serta pelabur kerana mereka tidak perlu risau kerajaan akan diguling. Oleh itu, saya lihat penting adanya kerajaan stabil agar kemakmuran ekonomi dapat dilakukan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, masyarakat di negara ini perlu melakukan tindakan bijak serta berpendirian tegas untuk tidak memilih calon yang terpalit dengan jenayah rasuah pada PRU akan datang.

Katanya, kerajaan mahupun rakyat perlu tegas untuk membanteras gejala rasuah bagi memastikan ia perbuatan terkutuk itu tidak menjadi budaya ataupun norma baharu di Malaysia.

“Orang ramai juga jangan takut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui sebarang laku perbuatan rasuah. Kerajaan juga kena mengutamakan sebarang isu atau kes yang melibatkan integriti di sebarang institusi.

“Perkara ini tidak boleh ditangguh kerana isu ini melibatkan integriti serta kepercayaan rakyat. Seharusnya ini yang perlu menjadi agenda utama oleh kerajaan,” katanya. – Getaran, 7 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'