web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cadangan Gaji Minimum RM1,500 Bunuh PKS, Bukan Masa Laksana Kenaikan - MEF

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 1:08PM

MEF berpandangan lebih banyak usaha harus dilakukan ke arah pemulihan perniagaan sektor swasta dan mengawal peningkatan kos produk dan perkhidmatan. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majoriti perniagaan Malaysia tidak bersedia atau berada dalam kedudukan kukuh bagi melaksanakan cadangan gaji minimum baharu sebanyak RM1,500.

Presiden Persekutuan Majikan (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, peniaga ketika ini masih dalam keadaan kelam-kabut akibat kejutan ekonomi berpunca daripada COVID-19 dan banjir besar yang berlaku, baru-baru ini.

Menurut beliau, cadangan kenaikan gaji minimum itu sudah pastinya akan membunuh perniagaan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), disebabkan negara masih dalam mod pemulihan ekonomi.

“Kenaikan gaji minimum RM1,500 akan menaikkan kos barangan serta perkhidmatan dan kos operasi pasti akan meningkat. Ini bukan masa untuk melaksanakan sebarang kenaikan gaji minimum. Kenaikan ini akan meningkatkan pengangguran serta hutang.

“Peniaga sukar untuk membayar pinjaman mereka dan PKS akan benar-benar menderita sehingga ada peniaga berkata, lebih baik bagi memindahkan operasi mereka ke negara ASEAN lain, yang mana kos keseluruhan menjalankan perniagaan adalah jauh lebih murah,” katanya, hari ini.

Dr Syed Hussain Syed Husman
Dr Syed Hussain Syed Husman

Terdahulu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, pekerja negara ini dijangka menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai sekitar RM1,500 sebulan sebelum penghujung tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan, beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Katanya, secara peribadi beliau merasakan kadar gaji minimum baharu itu perlu diselesaikan secepat mungkin, namun ia tetap bergantung kepada keputusan Jemaah Menteri.

Dalam pada itu, Syed Hussain menegaskan, lebih banyak usaha harus dilakukan ke arah pemulihan perniagaan sektor swasta dan mengawal peningkatan kos produk dan perkhidmatan.

”Kita harus ingat bahawa kebanyakan perniagaan Malaysia adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS), dengan 98.9% berada dalam kumpulan ini.

“Jadi, apabila kita bercakap tentang gaji dan kos, kita mesti memikirkan kelangsungan hidup dan kemampanan mereka,” katanya.

Jelasnya, sedikit kenaikan kos akan menyebabkan PKS lebih menderita hingga menyebabkan operasi ditutup, ditambah pula dengan peningkatan gaji minimum antara RM300 hingga RM400 sebulan daripada gaji minimum sedia ada.

“Hakikatnya, masih ada majikan sedang menghadapi cabaran yang teruk untuk kekal mampan. Senario ekonomi yang suram tidak membenarkan sebarang ruang untuk kenaikan gaji minimum sedia ada.

“Justeru penting bagi pembuat keputusan untuk berhati-hati sebelum melaksanakan sebarang kenaikan gaji minimum negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Syed Hussain berkata, sebahagian besar daripada kenaikan gaji minimum RM1,500 akan disalurkan kepada buruh asing disebabkan pekerja tempatan sudah dibayar gaji yang lebih tinggi sehingga menyebabkan aliran keluar wang akan terus meningkat.

“Dianggarkan pekerja asing, secara purata menghantar semula sejumlah RM4 bilion tambahan setiap tahun untuk setiap kenaikan RM100 dalam gaji minimum. Justeru, peningkatan sebanyak RM300 hingga RM400 menyebabkan tambahan aliran keluar antara RM12 bilion hingga RM14 bilion setahun.

“Sebarang kenaikan gaji minimum akan memberi manfaat kepada pekerja yang gajinya lebih rendah daripada kadar gaji minimum negara baharu, dan sebahagian besar daripada mereka adalah pekerja asing,” katanya. – Getaran, 7 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tidak Semua Majikan Mampu Naikkan Gaji Minimum - Pakar Ekonomi

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Bantah Keras Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Tun M - Anwar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tentangan GERAKAN Bukti PN Lebih Liberal Dari DAP, ‘Kenapa PAS Diam Saja?’

4

TARA 1 tahun yang lalu

TikTok Labur RM56.61 Juta Bantu PKS Berniaga Dalam Talian

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah