web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


172 Karton Minuman Keras Seludup Dirampas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 11:20AM

Sebanyak 172 karton minuman keras pelbagai jenama, yang dianggarkan bernilai RM38,191 di Jalan Cengkih, Taman Kim Chuan, telah dirampas semalam. - Gambar dari Facebook Batalion 4 PGA Semenyih

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG -  Polis berjaya merampas 172 karton minuman keras pelbagai jenama, yang dianggarkan bernilai RM38,191 di Jalan Cengkih, Taman Kim Chuan, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Semenyih, Superintendan Rizal Mohamed berkata, bekalan minuman keras itu disyaki diseludup dari luar untuk pasaran tempatan.

"Bekalan minuman keras itu dipercayai tidak mempunyai cukai kastam dan nilai rampasan dianggarkan RM28,116 atau RM38,191.99 selepas dikenakan cukai.

"Polis turut menahan seorang warga asing berusia 45 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah bersama dua kenderaan di sebuah kediaman sekitar Jalan Cengkih, Taman Kim Chuan, pada jam 2.30 petang," katanya hari ini.

Beliau berkata, kesemua minuman keras itu disembunyikan dalam kedua-dua kenderaan berkenaan.

"Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM100,107.99, termasuk dua kenderaan dan  telefon bimbit," katanya.

Tambah Rizal, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63.

"Kita percaya tangkapan ini berjaya memutuskan satu rangkaian pengedaran minuman keras tidak bercukai di sekitar Klang.

"Saya menyeru masyarakat memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada polis berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya. - Getaran, 8 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad