web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hapus AP Makanan, Bendung Kenaikan Harga Barangan - FOMCA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 9:02PM

Nur Aliya Azahari, 24, menyusun telur ayam gred C sebelum dijual kepada pelanggan di Kampung Batu 6, Kuala Nerus. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menghapuskan permit import AP makanan, sebagai usaha mengawal kenaikan harga barangan.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr N Marimuthu berkata, langkah itu diyakini dapat mengelak monopoli dalam kalangan peniaga.

Menurut beliau, pelbagai strategi boleh dilakukan untuk mengawal harga barang ketika musim perayaan dan penyingkiran sistem AP adalah antara alternatif yang boleh diguna pakai. 

"Penyingkiran AP mampu meningkatkan persaingan dalam pasaran dan menghapuskan atau mengurangkan aktiviti monopoli," katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Marimuthu menyatakan demikian ketika diminta mengulas isu ketiadaan telur ayam di pasaran, yang sedikit sebanyak menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna.

Penghapusan AP itu katanya, akan memberi peluang kepada ramai peniaga menjual lebih banyak barangan, sekali gus membendung kenaikan harga.

"Contoh seperti telur ayam sekarang, menurut laporan kebanyakan pasar di negara ini mengalami kekurangan bekalan telur akibat pembelian panik.

"Ramai membeli bekalan telur dalam jumlah besar kerana takut akan berlaku kenaikan harga selepas musim perayaan seperti sekarang," katanya.

Menurut beliau, pembelian panik ketika harga telur dikawal oleh Skim Harga Kawalan Keluarga Malaysia menjadikan bekalan makanan itu tidak mencukupi.

Peniaga juga tegas Marimuthu, turut berdepan situasi gagal memperoleh bekalan seperti diminta memandangkan pengeluar sendiri berdepan pelbagai kekangan untuk memenuhi permintaan luar biasa itu.

"Telur bukan barangan makanan bermusim yang harus dikawal seperti daging atau ayam, ia merupakan barangan makanan harian yang harganya ditetapkan oleh pembekal atau peternak," ujarnya.

Katanya, kawalan harga sesetengah barangan makanan menjadi punca kenaikan tidak terkawal seperti yang berlaku ketika ini. 

"Ada pengusaha atau penternak mengeluh, kenaikan berlaku disebabkan harga tidak terkawal bahan penternakan seperti dedak, vitamin dan beberapa faktor luaran lain hingga mengakibatkan mereka terpaksa menaikkan harga telur serta ayam," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan mungkin boleh memperkenalkan subsidi khas apabila berdepan krisis sebegini.

"Kerajaan juga perlu menjelaskan dan memperincikan lagi strategi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan juga Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0), selaras usaha meningkatkan produktiviti dalam sektor dan juga industri berkaitan.

"Ia supaya rakyat dan peniaga mendapat maklumat jelas dengan perancangan dan juga hala tuju negara serta bentuk manfaat yang diperoleh," katanya. - Getaran, 8 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka