web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhyiddin Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 1:53PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengesahkan beliau dijangkiti COVID-19.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memaklumkan, ia disedarinya selepas beliau menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). 

“Saya didapati positif COVID-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). 

“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

 

Saya telah didapati positif COVID-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction...

Posted by Muhyiddin Yassin on Tuesday, February 8, 2022

Sehubungan situasi itu, Ahli Parlimen Pagoh berkenaan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol ditetapkan KKM. 

“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” katanya. 

Semalam, Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) di Putrajaya. 

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Selain itu, Menteri Pembangunan dan Usawahan Koperasi, Tan Sri Noh Omar; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pengawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes.

Pada masa sama, mesyuarat tersebut dihadiri wakil beberapa agensi media untuk membuat liputan. - Getaran, 9 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini