web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kematian Dalam Tahanan, Kerajaan Digesa Laksana 4 Cadangan Tangani Kes

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2022 2:37PM

Kumpulan Masyarakat Sivil Malaysia berhimpun sebelum menyerahkan memorandum tuntutan kepada PDRM di perkarangan Pintu Masuk Utama Bukit Aman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes kematian dalam tahanan yang kian meningkat sejak awal Januari lalu harus dilihat sebagai ‘darurat’ yang mengancam hak kehidupan manusia seperti ditetapkan Perlembagaan Malaysia.

Justeru, demi memperjuangkan keadilan untuk mangsa dan ahli keluarga kes itu, kumpulan dikenali Masyarakat Sivil Malaysia menggariskan empat cadangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta kerajaan supaya isu berkenaan ditangani sebaik mungkin agar tidak berulang.

Jurucakap kumpulan itu, Mohammad Alshatri Abdullah berkata, cadangan terbabit adalah mendesak pihak bertanggungjawab untuk menjalankan inkues terhadap ketujuh-tujuh kes kematian dalam tahanan dengan serta-merta.

“Walaupun siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) berkaitan kematian dalam tahanan tersebut sudah selesai, prosiding inkues masih perlu dijalankan mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan Tatacara Jenayah (Akta 593).

“Kami menyeru PDRM supaya meminta pendakwa raya menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 339 Kanun Tatacara Jenayah untuk mengarahkan koroner menjalankan siasatan terperinci berhubung kes kematian tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebelum menyerahkan Memorandum Tuntutan Masyarakat Sivil Malaysia kepada PDRM di perkarangan Pintu Masuk Utama Bukit Aman di sini, hari ini.

Menurut Mohammad Alshatri, pihaknya turut mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempercepat dan memperluaskan unit kesihatan atau pusat rawatan di dalam setiap pusat tahanan polis.

Katanya, berdasarkan Laporan Hak Asasi Manusia 2021 oleh Suara Rakyat Malaysia, 11 daripada 19 kes kematian dalam tahanan adalah berkaitan dengan masalah kesihatan dan perubatan.

“Data ini menunjukkan PDRM kekurangan latihan yang sesuai dan tidak mempunyai kemudahan kesihatan serta sumber perubatan asas mencukupi.

“Ia bukan sahaja menyumbang kepada persekitaran menindas tahanan, malah melambatkan rawatan kepada mereka yang mengalami kecemasan atau keadaan kesihatan kritikal, sekali gus mengakibatkan kematian,” katanya.

Selain itu, Mohammad Alshatri berkata, KDN didesak untuk melantik badan bebas bagi menyiasat secara menyeluruh berhubung kes kematian dalam tahanan.

“Menilai bahawa polis tidak boleh dengan efektif menjalankan siasatan bebas terhadap anggota mereka sendiri. Ia juga mencetuskan idea penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC),” katanya.

Terakhir, menurut beliau, pihaknya mahu kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tata Kelakuan Polis (IPCC) dan menubuhkan IPCMC.

Beliau berkata, IPCC adalah suatu dokumen yang sangat regresif dan kekuasaan mereka lebih lemah daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP).

Jelasnya, IPCMC dilihat selari dengan standard antarabangsa berkaitan yang bersikap tidak berat sebelah dan kebebasan perlu dilaksanakan.

“Ini termasuklah kuasa untuk menyiasat dan mengumpul bukti, akses ke pusat tahanan atau tempat berlakunya kematian serta salah guna kuasa.

“Selain itu, memiliki keupayaan melaksanakan syor menuduh atau mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang didapati bertanggungjawab melakukan kesalahan,” katanya.

Memorandum tersebut turut disokong 50 badan bukan kerajaan (NGO) pelbagai industri, termasuk Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Undi18 dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). - Getaran, 11 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global