web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rasuah Berleluasa, Akta SPRM Perlu Segera Dipinda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Feb 2022 2:50PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa melaksanakan pindaan kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 bagi menambah baik isu berkaitan integriti negara.

Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, usaha itu bagi membolehkan kaedah perundangan baharu dibuat, selepas akta sedia ada dilihat gagal memantau jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang semakin berleluasa.

Menurut beliau, pindaan Rang Undang-Undang (RUU) itu perlu diberi peruntukan dan dasar yang lebih tegas bagi membolehkan usaha operasi tangkapan serta pendakwaan dapat dipertingkatkan.

“Undang-undang sedia ada itu bagus cuma ia tidak efisyen ketika ini dan tidak adil kepada rakyat bawahan yang dikenakan hukuman. Denda menerusi akta sekarang itu hanya dipandang sebelah mata oleh individu berpengaruh dan kaya kerana mereka mempunyai duit untuk membayar.

“Justeru, terdapat keperluan buat kerajaan menggubal semula Akta SPRM 2009 di Parlimen kerana jika tidak, maka isu rasuah ini tidak akan selesai malah lebih membimbangkan, akan menjadi budaya di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Getaran, baru-baru ini.

Hussain menegaskan, pindaan akta itu juga bagi membolehkan negara mempunyai agensi kerajaan serta pemimpin yang bersih, sekali gus membolehkan proses semak dan imbang melibatkan pelbagai pihak dibuat.

Sebagai contoh katanya, kerajaan boleh melaksanakan hukuman penjara seumur hidup sekiranya kesalahan itu melibatkan pemimpin, tidak kira kerajaan atau pembangkang dan penjawat awam.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

“Terdapat keperluan untuk wujudkan perundangan yang tidak boleh diselesaikan dengan duit supaya individu berpengaruh, mempunyai nama dan berharta dapat dikenakan hukuman itu demi memberi keadilan di mata rakyat jelata.

“Namun, hukuman seperti itu perlu diperhalusi dengan sebaiknya. Sekiranya ini dilaksanakan, rakyat yang ingin melakukan perbuatan rasuah pasti terikat dan takut untuk melakukannya seperti mana kerajaan menguatkuasakan Akta 342, iaitu mengenakan kompaun tinggi sehingga kurang individu melakukan kesalahan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19,” katanya.

Sehubungan itu, Hussain yang juga Ketua Jabatan Hubungan Antarabangsa, UniSZA menegaskan, pindaan ke atas Akta SPRM perlu disegerakan dan dibahaskan di peringkat Parlimen.

“Jangan ditangguh pindaannya kerana jenayah rasuah ini mampu merosakkan pelbagai sektor khususnya ekonomi Malaysia, di samping mewujudkan persepsi buruk oleh negara luar serta menjejaskan hubungan antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, ditanya sekiranya rakyat mahu mengekalkan pemimpin yang dibebaskan dari tuduhan rasuah oleh mahkamah, beliau menegaskan tidak menjadi satu kesalahan buat mereka untuk melakukan perkara tersebut.

Malah, Hussain berkata, sokongan kepada ahli politik itu mungkin bertambah disebabkan beliau sudah bersih dari tuduhan rasuah selepas dibuktikan tidak bersalah oleh mahkamah.

“Ini masanya pemimpin untuk bersihkan namanya kerana sudah dibuktikan tidak bersalah melalui perundangan. Bagi saya, tiada masalah untuk mereka bertanding dalam pilihan raya.

“Sokongan rakyat kepada pemimpin itu terpulang kepada pendirian masing-masing kerana telah dibuktikan oleh mahkamah mereka sememangnya tidak melakukan rasuah,” katanya. - Getaran, 8 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'