web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kad Khas Warga Asing ‘Bunuh’ Kehidupan Generasi Baharu Rakyat Sabah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 1:05PM

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mahu mempertimbangkan cadangan memberikan kad warga asing kepada rakyat tanpa kewarganegaraan di Sabah menimbulkan banyak persoalan.

Ia berikutan isu pengeluaran kad pengenalan sudah lama dipolitikkan termasuk ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis dua tahun lalu.

Sehubungan itu Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menegaskan, kerajaan seharusnya memfokuskan empat kategori utama yang menjadi punca sebenar permasalahan kehadiran pendatang asing di Sabah.

Beliau berkata, empat kategori itu adalah kemasukan pendatang asing tanpa izin secara berterusan, kehadiran pelarian yang sentiasa berada di Sabah, status Orang Tanpa Kewarganegaraan dan pemerolehan kad pengenalan melalui cara meragukan.

“Sekiranya tiada pemimpin kita memahami cabaran berbeza yang dikemukakan dan penyelesaian bagi menyelesaikan empat kategori masalah berbeza ini, maka mereka tidak ada urusan untuk memberikan pandangan dengan mempolitikkan perkara itu dan mengelirukan orang ramai.

“Sekiranya Kerajaan Persekutuan ikhlas dalam menyelesaikan masalah yang berlarutan ini dengan kehadiran pendatang ini di Sabah, maka mereka harus memahami dan mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah tersebut,” katanya, hari ini.

Wilfred berkata, UPKO tidak mahu pengeluaran kad pengenalan baharu yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjadi alat politik untuk mengukuhkan kerajaan negeri Sabah.

“Sebaliknya, kerajaan perlu memahami secara serius empat kategori masalah pendatang asing di Sabah dan menyelesaikan setiap masalah tersebut secara menyeluruh.

“Ini perlu dilaksanakan bagi memulihkan maruah negara dan negeri Sabah yang berdaulat di samping perlu tegas mencari penyelesaian untuk manfaat generasi masa depan negeri ini,” katanya.

Terdahulu, Hamzah memaklumkan kad khas untuk warga asing akan diperkenalkan untuk individu yang tiada dokumen pengenalan diri namun sudah lama menetap di Sabah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, kad berkenaan bukanlah pemberian kerakyatan atau status penduduk tetap, sebaliknya untuk mengetahui keberadaan golongan terbabit di negeri berkenaan.

Menurutnya, cadangan itu diusulkan kerajaan negeri Sabah serta turut dibincangkan ketika mesyuarat pertama bagi Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-INDUK) yang diadakan, kelmarin.

Mengulas lanjut, Wilfred terdapat beberapa jenis kad ketika ini yang telah dikeluarkan iaitu IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung kepada warga asing di Sabah.

Menurut Ahli Parlimen Tuaran itu, kira-kira dua tahun lalu, semua parti yang menganggotai kerajaan negeri Sabah ketika ini dan kerajaan Persekutuan sendiri telah membantah usaha memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS) bagi mengenal pasti kedudukan warga asing di Sabah sebagai isu pilihan raya dan politik.

“Oleh itu, UPKO mahukan penjelasan daripada KDN dan Hamzah tentang jenis kad yang hendak digunakan sebagai kad pengenalan atau dokumen seumpamanya.

“Hamzah mesti menjelaskan sama ada objektif dan cara kerja kad pengenalan tersebut adalah sama seperti yang dicadangkan oleh kerajaan pusat, iaitu PSS ketika itu.

“Jika cadangan dan syor itu datang daripada agensi kerajaan yang sama pernah mencadangkan PSS sebelum ini, kemungkinan besar cadangan sama walaupun dengan nama berbeza,” tegasnya.

Jelasnya, UPKO tidak mahu tindakan mengeluarkan kad pengenalan baharu kepada pendatang membawa kepada masalah atau isu baharu di Sabah sehingga menjejaskan kesejahteraan rakyat dalam jangka masa panjang.

“Terangkan kepada kami apakah perbezaan pengenalan kad pengenalan ini berbanding PSS sebelum ini?

“Menarik juga mendengar pandangan semua pemimpin negeri dalam kerajaan negeri sekarang yang lantang menentang cadangan PSS oleh kerajaan pusat sebelum ini,” katanya. - Getaran, 12 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka