web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MoU PDI Akan Lindungi Kebajikan Pekerja, Beri Manfaat Kepada Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 6:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan agensi berdaftar pengambilan pekerja asing di negara ini menyambut baik keputusan kerajaan mahu menyegerakan memorandum persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI).

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid berkata, tindakan itu jelas bakal memberi manfaat kepada kedua-dua negara antara Malaysia dan Indonesia.

Menurut beliau, jika perkara ini berjaya direalisasikan, ia mampu memenuhi kekosongan tenaga kerja yang diperlukan oleh sektor berkenaan.

“PAPSMA menyokong penuh dan berterima kasih di atas keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang mengambil keputusan supaya MoU berhubung PDI segera dimeterai.

“Bagi pihak kesemua persatuan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia, kami menyambut baik keputusan ini agar keprihatinan kerajaan dapat memberi manfaat kepada rakyat,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan semalam bahawa Memorandum persefahaman (MoU) berhubung PDI akan dimeterai antara Malaysia dan republik itu dalam waktu terdekat.

Saravanan berkata, perkara berkaitan MoU tersebut telah dibincangkan secara teliti dalam beberapa siri mesyuarat sebelum ini dan jemaah menteri memutuskan agar ia disegerakan

Sehubungan itu, beliau memaklumkan akan melakukan pertemuan bersama Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziyah agar memeterai MoU tersebut secepat mungkin.

Kelewatan pemeteraian MoU tersebut difahamkan berlaku disebabkan beberapa tuntutan tambahan daripada pihak Indonesia mengenai masalah kebajikan dan kebimbangan risiko buruh paksa.

MoU itu telah ditandatangani awal minggu ini di Bali, Indonesia dengan kumpulan pertama projek perintis melibatkan pengambilan sejumlah 10,000 PDI.

Saravanan berkata, perkara berkaitan MoU tersebut sebenarnya telah dibincang secara mendalam dalam beberapa siri mesyuarat Kabinet dan terkini pada 9 Februari lalu.

Tegasnya, beliau dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mempunyai matlamat sama iaitu melindungi serta menjaga nasib kebajikan dan kesejahteraan semua pekerja Indonesia.

Ia mencakupi segala isu membabitkan aspek berkepentingan seperti soal gaji, cuti dan kebajikan mereka yang berada di dalam negara ini. - Getaran, 12 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

PM, Menteri Saksi Pertukaran MoU Bernilai RM19.84 Bilion

3

Semasa 1 tahun yang lalu

22,000 Pesara Kerajaan Mangsa Scammer, Kerugian RM850 Juta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MoU Dengan Malaysia Untuk Pengambilan Pekerja India Sedang Dibincangkan, Kata Menteri India

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad