web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Calon PKR DUN Larkin Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 7:22PM

Dr Zamil Najwah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain, mengesahkan beliau dijangkiti COVID-19.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi Facebook miliknya sambil berkata, perkara itu disedari selepas menjalani ujian RTK Antigen.

Susulan keputusan tersebut, Dr Zamil Najwah memohon maaf kerana terpaksa membatalkan semua program yang dianjurkan.

“Dengan berat hati, saya telah disahkan positif COVID-19 setelah menjalani Ujian Rapid Antigen (RTK).

“Memang menjadi amalan saya untuk lakukan ujian kendiri harian sebelum memulakan program demi keselamatan semua,” katanya, hari ini.

Dr Zamil Najwah memberitahu, beliau kini sedang menjalani kuarantin kendiri mengikut protokol ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mohon jika ada individu bertemu dengan saya secara fizikal dalam beberapa hari lepas supaya turut menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19. Saya minta maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

“Sama samalah kita berdoa agar kesemua mereka yang sedang mengalami COVID-19 diberikan kesembuhan segera serta kekuatan buat petugas barisan hadapan KKM bagi terus menanggung bebanan dalam menguruskan wabak ini,” katanya.

Dr Zamil Najwah, 48, merupakan antara lima calon terawal yang diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Februari lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Syed Sis A Rahman di DUN Tanjung Surat, dengan majoriti 4,522 undi. - Getaran, 17 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

PKR Wakili Kerajaan Perpaduan Pada PRK Sungai Bakap

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'