web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mengapa KPM Masih Berdiam Isu Beg Berat Murid?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 7:20PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) mempersoalkan sikap berdiam diri Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung isu beg berat dihadapi murid biarpun perkara itu sudah dibangkitkan sejak hampir sebulan.

Jurucakap JKPPH menerusi kenyataan menegaskan, walaupun pelbagai pihak, khususnya pakar pendidikan dan kesihatan tampil memberikan pandangan, KPM masih belum mengambil sebarang tindakan.

“JKPPH mengambil berat isu ini kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada murid dalam jangka masa panjang, seperti kenyataan dikeluarkan pakar kesihatan.

“Oleh itu, JKPPH mencadangkan KPM melaksanakan langkah segera untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik selaku pengerusi jawatankuasa berkenaan, selain beberapa Ahli Parlimen, iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Teo Nie Ching (Kulai), Datuk Dr Hasan Bahrom (Tampin), Natrah Ismail (Sekijang), Steven Sim Chee Keong (Bukit Mertajam), Rusnah Aluai (Tangga Batu) dan Sivakumar Varatharaju Naidu (Batu Gajah).

Dalam pada itu, JKPPH mencadangkan agar KPM merombak semula sukatan pelajaran yang lebih mesra pendigitalan pendidikan bagi meminimumkan penggunaan buku teks fizikal.

Menurut jawatankuasa itu, penggunaan buku teks dalam bentuk digital atau e-book perlu diperkasakan di semua peringkat sekolah.

“Selain itu, permudahkan urusan mengakses buku teks digital yang akan digunakan murid, termasuk di kawasan luar bandar.

“KPM perlu memberikan kuasa autonomi kepada sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk berbincang, di samping membuat keputusan berhubung kaedah pembelajaran yang sesuai mengikut keperluan masing-masing,” katanya.

Justeru, JKPPH berharap agar cadangan itu dapat dipertimbangkan KPM dan segera dilaksanakan menjelang pembukaan sekolah sesi 2022/2023. - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

3

Kisah Kita 9 bulan yang lalu

Pastikan Tidak Lenyap, Usaha Kamuskan Bahasa Mendriq Sudah Bermula 

4

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Hadis 40: KPM Sedia Bincang Rungkai Kekeliruan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka