web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Tandus Pemimpin Jika Pilih Muhyiddin Penasihat Ekonomi Johor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Feb 2022 5:14PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) dianggap seolah-olah ketandusan pemimpin jika masih memilih Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Penasihat Ekonomi Johor, sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.

Exco Pemuda UMNO, Noor Azleen Ambros berkata, pemilihan itu bakal membuktikan Menteri Besar Johor yang dilantik PN kelak hanya berfungsi sebagai boneka.

Noor Azleen Ambros
Noor Azleen Ambros

Menurutnya, Johor tidak boleh dipimpin individu yang lemah dan rela membiarkan diri berada di bawah telunjuk mana-mana pemimpin senior. 

“Ini sahaja bukti paling jelas, terang lagi nyata bahawa PN ketandusan personaliti bertaraf pemimpin yang mampu diketengahkan untuk mendapatkan keyakinan 2.6 juta pengundi di Johor.

“Dengan peranan sebagai penasihat ekonomi, bermakna Menteri Besar Johor daripada PN tidak lebih sedikit pun fungsinya daripada boneka dan akan sentiasa berada di bawah telunjuk Muhyiddin,” katanya hari ini. 

Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri sebelum ini menawarkan diri untuk menjadi penasihat ekonomi Johor sekiranya dapat membentuk kerajaan negeri.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, pihaknya mempunyai agenda besar supaya Johor menjadi negeri paling cemerlang, gemilang dan rakyat terus maju, disegani serta dihormati.

Sebelum itu, Muhyiddin memaklumkan PN menawarkan pelan pembangunan ekonomi Johor bagi tempoh 10 tahun bermula tahun ini, jika rakyat memberi mandat untuk gabungan terbabit membentuk kerajaan negeri. 

Beliau memberi jaminan itu berdasarkan pengalamannya yang pernah menjadi Menteri Besar Johor dan Perdana Menteri.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, satu pasukan daripada pakar akan dibentuk yang boleh menggubal pelan ekonomi baharu negeri Johor.

Sementara itu, Noor Azleen yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, Muhyiddin yang sepatutnya bertanding pada PRN Johor dan menjadi calon Menteri Besar, tetapi enggan berbuat demikian.

“Itu risiko yang beliau sendiri sudah buat kira-kira akan kesan dan implikasinya. 

“Apabila tidak bertanding, Muhyiddin boleh memasang angan-angan untuk menjadi calon Perdana Menteri daripada PN,” katanya. - Getaran, 19 Februari 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'