web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Komplikasi, Warga Emas, Golongan Berisiko 'Wajib' Terima Dos Penggalak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Feb 2022 11:57AM

Warga emas dan golongan berisiko tinggi dinasihatkan mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 bagi memastikan mereka dapat mengharungi gelombang varian Omicron dengan kadar jangkitan minimum. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengambilan dos penggalak mampu meningkatkan kembali kadar imuniti selepas keberkesanan vaksin semakin menurun.

Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Profesor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, dos penggalak diperlukan bagi menjadi benteng ketahanan imuniti badan daripada risiko jangkitan dan penularan COVID-19.

Menurut beliau, berdasarkan kajian dan data daripada Kementerian Kesihatan (KKM), dos penggalak mampu memberikan perlindungan 70 peratus daripada jangkitan varian Omicron berbanding mereka yang tidak menerima suntikan terbabit.

“Walaupun kita menerima dos penggalak, tapi masih boleh dijangkiti COVID-19 namun ia mampu mengurangkan risiko gejala berat sehingga menyebabkan kematian, malangnya masih ada yang tidak mampu mengambil suntikan berkenaan dan boleh menyebabkan sistem kesihatan negara lumpuh.

“Mengikut data yang dikongsikan KKM, jelas membuktikan bahawa vaksin ini mampu melindungi kita dan apabila mengambil booster, peratusan untuk kita masuk hospital sehingga mengakibatkan kita gejala teruk sangat rendah,” katanya.

Dr Lokman Hakim Sulaiman
Dr Lokman Hakim Sulaiman

Beliau berkata demikian pada Webinar yang membicangkan topik berkenaan Dos Penggalak : Manfaat dan Cabaran yang disiarkan secara langsung di Facebook TKC73 Prihatian, malam tadi.

Turut menyertai barisan panel ialah Ketua Unit Virologi Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit Institut Penyelidikan Perubatan, Dr T Ravindran.

Dalam pada itu, Dr Lokman menggesa warga emas dan golongan berisiko tinggi agar mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 bagi memastikan mereka dapat mengharungi gelombang varian Omicron dengan kadar jangkitan minimum.

Justeru, beliau yang juga Pro Canselor Penyelidikan Universiti Perubatan Antarabangsa menyarankan kerajaan mempercepatkan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 kepada warga emas terutama mereka yang berada di pusat jagaan.

“Kita melahirkan kerisauan dengan lonjakan kes harian COVID-19, dengan sebahagian besar warga emas di pusat jagaan masih lagi belum menerima dos penggalak.

“Walaupun terdapat segelintir warga emas yang mampu mendapatkan dos penggalak di pusat vaksinasi tanpa sebarang bantuan, namun situasi ini tidak sama dengan golongan warga emas di pusat jagaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Lokman berkata, semua pihak terbabit perlu berusaha mencari dan berhubung dengan pusat jagaan warga emas bagi menjalankan kempen dan vaksinasi bergerak, tanpa mengira status pendaftaran.

“Vaksin harus dibawa kepada golongan warga emas rentan dan bukanlah mereka yang perlu mencari. Sikap tanggungjawab sosial masyarakat kita perlu diperbaiki dan kerana itu ada keperluan mendidik masyarakat awam, khasnya golongan berisiko.

“Kalau tak lemah, sudah pasti tiada kes mereka yang ada simptom seperti demam atau selsema boleh ke surau dan masjid tanpa mempedulikan kesihatan orang lain. Ini satu sikap yang sangat pentingkan diri dan ia perlu dididik dengan sebaiknya,” katanya. - Getaran, 20 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'