web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AGC Perlu Tubuh Jawatankuasa Bebas, Siasat Dakwaan Tommy Thomas Terima 'Suapan' 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 4:19PM

Mohamed Haniff Khatri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) digesa menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat dakwaan bahawa Tan Sri Tommy Thomas telah membebaskan anak taikun perniagaan terkenal daripada pertuduhan dadah.

Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri berkata, jawatankuasa itu perlu dibentuk kerana AGC tidak boleh melaksanakan siasatan sendiri akibat konflik kepentingan. 

"Pemberi maklumat, polis, pendakwa raya dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes itu perlu disiasat.

''Sama ada dakwaan itu benar atau tidak, ia mesti disiasat kerana terdapat pendedahan dan penafian oleh Thomas," katanya, hari ini. 

Tommy Thomas
Tommy Thomas

Tentang keperluan untuk menyiasat pemberi maklumat, Mohamed Haniff berkata, ia perlu dilakukan bagi memastikan jika maklumat dalam kes itu telah dikemukakan kepada pihak berkuasa. 

Jelasnya, ia seperti yang disyaratkan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. 

"Pihak berkuasa, khasnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perlu menyiasat dakwaan itu dan melihat sama ada perlindungan untuk pemberi maklumat layak diberikan kepada pemilik Twitter Edisi Siasat yang membuat dakwaan itu.

“Tindakan pantas Tommy dipuji, tetapi ia tidak bermakna ia boleh menyebabkan siasatan ke atas kes itu dihentikan,” katanya.

Semalam, Tommy yang merupakan Mantan Peguam Negara menafikan beliau menutup kes pertuduhan dadah melibatkan anak seorang ahli perniagaan terkenal sebelum ini.

Menerusi satu kenyataan, beliau memberitahu hanya terbabit mengurangkan dakwaan yang dikenakan terhadap anak Tan Sri Vincent Tan, selepas pasukan peguam bela mengemukakan representasi bertulis agar keputusan pertuduhan dipertimbangkan semula.

Katanya, beliau mengurangkan pertuduhan selepas meneliti representasi dan kertas siasatan, mengkaji peruntukan undang-undang berkaitan serta perbincangan dengan pegawai kes.

''Seingat saya dalam kes ini, tertuduh iaitu anak kepada ahli perniagaan terkenal Vincent Tan ditangkap atas kesalahan dadah dan didakwa.

''Seperti biasa dalam hal jenayah, peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada AGC untuk mempertimbangkan semula keputusan pertuduhan. Surat ini dibawa ke perhatian saya, atas keputusan saya," katanya.

Jelas Tommy, menerima representasi daripada peguam dan tertuduh serta mengurangkan atau menggugurkan pertuduhan selepas itu adalah perkara biasa dalam AGC.

Terdahulu, satu posting di akaun twitter Edisi Khas mendakwa Tommy telah menutup kes melibatkan anak ahli perniagaan tersebut yang ditahan pada Disember 2019, kerana memiliki dadah dengan kuantiti besar dan didakwa di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya.

Tommy berkata, dakwaan Edisi Khas bahawa beliau melakukan rasuah dalam konteks posting itu membayangkan bahawa dirinya telah disogok.

Pada masa sama beliau menegaskan, serangan buruk terhadap integritinya ada kaitan dengan perbicaraan bekas pegawai bank Goldman-Sachs, Roger Ng yang baru dimulakan di New York, melibatkan penipuan penggunaan wang milik Malaysia. - Getaran, 20 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global