web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Wajar Ambil Tindakan Undang-Undang Batal Penukaran Agama Anak Siew Hong 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 9:17PM

Loh Siew Hong (tengah) ketika membuat laporan polis di Kangar. - Gambar dari Facebook Satees Muniandy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membatalkan penukaran agama Islam anak-anak Loh Siew Hong dilihat tidak praktikal dan bimbang akan mengusutkan lagi keadaan. 

Pertikaian itu timbul susulan isu perbezaan agama Siew Hong dengan tiga anaknya yang beragama Islam. 

Sehubungan itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berpendapat, kemelut tersebut boleh ditangani dengan mudah jika semua pihak sudi berlapang dada dan mencari penyelesaian dengan ikhlas tanpa menganiayai sesiapa. 

 Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
Dr Wan Salim Wan Mohd Noor

Beliau berkata, cadangan yang disuarakan Pengerusi Pusat Perkhidmatan Hindu (INGAT), D Arun juga boleh mengeruhkan hubungan antara masyarakat Hindu dan Islam di negara ini.

"Orang bukan Islam perlu tahu bahawa daripada perspektif agama, keislaman seseorang tidak terbatal menerusi keputusan mahkamah selagi dia sendiri tidak mengaku keluar daripada agama tersebut dengan kerelaannya tanpa sebarang paksaan.

“Persoalan utama dalam kes ini ialah menghimpunkan semula ibu (Siew Hong) dengan anak-anaknya yang telah terpisah sekian lama, sekali gus meneruskan ikatan kasih sayang antara mereka,” katanya hari ini.

Jelasnya, tujuan itu boleh direalisasikan tanpa membatalkan keislaman kanak-kanak terbabit dan memaksa mereka kembali kepada agama asal. 

"Pihak berkuasa boleh membenarkan ibu kanak-kanak itu bertemu dengan mereka sekerap mungkin di mana-mana tempat yang selamat. 

"Malah, Siew Hong boleh membawa anak-anaknya pulang ke rumah secara berkala, contohnya pada hujung minggu di bawah pengawasan pihak polis," katanya. 

Terdahulu, D Arun membidas kerajaan kerana tidak bertindak terhadap isu penukaran agama secara sepihak sejak Mahkamah Persekutuan membuat keputusan penting mengenai perkara itu pada 2018.

Beliau turut mempersoalkan, mengapa kerajaan gagal menubuhkan agensi untuk menguatkuasakan perintah Mahkamah Persekutuan berkenaan kes membabitkan Siew Hong. 

Dalam pada itu, Wan Salim berkata, agama Islam sama sekali tidak menghalang anggota keluarga yang berbeza agama untuk tinggal serumah, malah mereka boleh makan bersama asalkan tidak membabitkan makanan yang haram.

Menurut beliau, kanak-kanak berkenaan juga boleh meneruskan pelajaran bagi kepentingan hidup mereka pada masa hadapan.

"Saya cadangkan supaya mereka dimasukkan ke sekolah berasrama yang terjamin daripada aspek kebajikan dan keselamatan, kerana ia adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.

"Dengan cara ini, tiada mana-mana pihak yang teraniaya selain dapat mengelak menyinggung sensitiviti umat Islam, yang mungkin menganggap pihak tertentu ingin memaksa penganut Islam supaya keluar daripada agamanya," katanya. - Getaran, 20 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global