web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kalau Layanan Buruk, Kenapa Ramai 'Amah' Indonesia Bekerja Di Malaysia - MAMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 8:03AM

Gambar hiasan dari Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono bahawa pembantu rumah dari republik itu berdepan layanan buruk di negara ini disifatkan sebagai satu kenyataan dangkal tanpa fakta.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, walaupun terdapat kes seumpamanya seperti disuarakan Hermono, namun peratusan majikan di Malaysia yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu amat rendah.

Menurut beliau, sekiranya majoriti majikan memberi layanan buruk, sudah pasti Malaysia tidak dipenuhi lambakan pendatang Indonesia yang mahu mencari pekerjaan sebagai pembantu rumah.

“Dia (Hermono) kena lihat peratusan rakyat Indonesia di Malaysia dengan negara jiran disebutkan. Paling ramai rakyat Indonesia bekerja di negara ini. Kalau benar majoriti majikan kita jahat, mengapa makin ramai rakyatnya datang, malah turut membawa saudara mara.

“Jangan buat kenyataan semberono sebegitu kepada majikan Malaysia. Kalau berlaku perkara itu, majikan kita sudah pasti akan diambil tindakan undang-undang dan dibawa ke mahkamah untuk dikenakan hukuman yang sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Engku Fauzi Engku Muhsein
Engku Fauzi Engku Muhsein

Hermono baru-baru ini mendakwa, pembantu rumah menerima layanan buruk, malah mempersoalkan mengapa terdapat begitu banyak kes di Malaysia berbanding di Singapura.

Antara kes tersebut kata Hermono, adalah penderaan, pembantu rumah dipaksa bekerja untuk majikan bertahun-tahun tanpa gaji dan dokumen pengenalan mereka dirampas.

Menceritakan kes yang baru-baru ini dikendalikan bersama Jabatan Buruh Malaysia, beliau berkata, mangsa telah bekerja selama kira-kira 10 tahun tetapi majikan enggan membayar gajinya dengan alasan telah membiayai makan minum dan tempat tinggal pembantu rumah itu.

Beliau berkata, kes dikendalikan oleh kedutaan hanyalah sebahagian kecil yang berlaku, kerana mangsa tidak dapat membuat laporan atas pelbagai cabaran, termasuk gagal melarikan diri daripada cengkaman majikan.

Susulan dakwaan Hermono, Engku Fauzi turut mempersoalkan, mengapa isu itu baru dibangkitkan dan tidak diusulkan ketika perbincangan dilakukan bagi memeterai memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kemasukan Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI) yang akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

“Malaysia juga ambil pekerja dari Filipina namun tidak timbul pun kes sebegini. Kenapa tiba-tiba baru nak bangkit dan tidak ditimbulkan ketika MoU dibincangkan. Seorang duta perlu bercakap dengan fakta kerana bukan majoriti melakukan kes itu.

“Ada ada beberapa kes sahaja tidak boleh memberi gambaran keseluruhan kononnya pembantu rumah Indonesia menerima banyak layanan buruk dari majikan Malaysia. Jika begitu, kita pun boleh bertindak untuk tidak ambil pekerja dari negara tersebut,” katanya.

Dakwaan tidak berasas tersebut jelas beliau, membuktikan keperluan untuk Malaysia dan Indonesia mewujudkan prosedur dan undang-undang lebih baik demi memastikan konflik seumpamanya dapat diselesaikan.

Malaysia dan Indonesia tegas Engku Fauzi lagi, perlu memeterai (MoU) membabitkan kemasukan PDI melibatkan pembantu rumah dengan kadar segera.

“MoU yang diwujudkan itu menunjukkan kedua-dua negara memerlukan peraturan tertentu dalam menyelesaikan isu ini, dengan adanya permintaan dari Malaysia untuk pembekalan pembantu rumah.

“Jadi, kita berharap agar Malaysia dan Indonesia tidak menangguhkan MoU tersebut dengan terlalu lama, kerana terdapat keperluan untuk menyegerakan perkara tersebut," katanya. – Getaran, 21 Februari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini